Tuesday, 20 August 2013

Me and Malaysia

Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

'Perumpamaan seorang mukmin dalam berkasih sayang dan saling mencintai adalah ibarat satu tubuh,
apabila salah satu anggota badan terasa sakit,maka seluruh tubuh akan berasakan benda yang sama.'

Namun,sejauh mana hadis ini dipraktikkan pada masa kini.
Apa perasaan kita bila mana saudara kita yang berada di Syria,Palestin ,Mesir etc..
sedang dibunuh sesuka hati?
dimusnahkan kediaman mereka,diseksa. .seakan-akan nyawa mereka begitu murah. 

Adakah mereka tidak layak untuk hidup?
Di mana keprihatinan kita?
Di mana kasih sayang kita sesama muslim?

Malaysia hari ini. .

Kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui kata,
Kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.

Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang,
Kamu berhimpun menuntut keadila dengan Al-Quran sebagai 'pedang'.

Ketika kami marah akan kecederaan Messi,
Kamu tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi.

Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona,
Rakyat dan media kamu bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana.

Ketika kami mempertahankan surau yang tiada jemaah,
Masjid kamu penuh, sehingga Medan dipenuhi khemah.

Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat,
Masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat.

Ketika isteri di sini dipukul hanya kerana suami yang bebal,
Anak isteri kamu di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal.

Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah,
Kamu di sana berdiri megah dan syahid di Medan Rabiatul Adawiyah.

Wahai Tuhan Kami selamatkan saudara seiman kami di Mesir sana
p/s : ana copy paste dari blog Najwa..hehe

Ana mengakui,ana turut tidak terlepas daripada menjadi tidak prihatin.
kerana disibukkan dengan urusan dunia dan kurangnya kesedaran ana.

Kenapa kita x prihatin?

Kita telah diselubungi dengan semangat kebangsaan dan ideologi2 spt sekularisme n liberalisme.

'itu x terjadi di negara kita,jadi lantakla. Alhamdulillah,Malaysia selamat dan aman.'
'Tulah kenapa nak tentang kerajaan,itulah padahnya.'
sedih mendengarkan dialog ini meniti dibibir seorang muslim.

Ini menunjukkan unsur2 di atas telah berjaya di tanam dalam diri kita. 
Oleh itu, kita tidak menangis melihat mayat saudara kita,melihat video mereka dibunuh.
Tidak marah dengan perbuatan pemimpin yang zalim dan tidak bertindak untuk membela nasib mereka.

Namun jangan biarkan diri kita berterusan tidak prihatin.

Lebih menyedihkan,bila kita menunjukkan keprihatinan kita,namun mendapat cemuhan dari muslim itu sendiri.
Contohnya, 
'Ala,engkau share itu share ini..nak tunjuk prihatin sangatla tu. jadi kami yang x share ni,x prihatin la ya. engkau mana tahu,aku doakan mereka apa,dalam doa aku,'
Apa masalah anda? Biarla org tu share..Itu usaha dia,anda teruskan berdoa,kerana doa anda begitu berharga n sangat diperlukan. Kalau anda x nak share x pa,tp jgn mengkritik benda baik yg org buat dan melemahkn semangat orang lain. 

Jadi solusinya. .
Ingat mereka dalam doamu.


Hafal Qunut Nazilah


1 comment: