yang jatuh pada 8 Ogos 2013.
TaqabalAllahu minna waminkum.
Kullu a'm wa antum bikhair.
![]() |
Maaf Zahir dan Batin |
Alhamdulillah. Raya kali ana selamat menyambutnya bersama keluarga tercinta.
Dalam sibuk membuat persiapan raya,esok pagi mau balik kampung dah..ana terbaca 1 post fb sahabat ni.
Ana pun sentap..Why?
Masuk Ramadan..kita buat persiapan-pastikan ada makanan utk sahur etc.
Mencari Al-Qadr. .bunyikan alarm etc.
Masuk Aidilfitri..kita pun sibuk persiapan jga..tp siapkan baju raya,kuih raya,langsir dah pasang ke belum. .
Walhal sunnah Rasulullah s.a.w dalam menyambut lebaran kurang diberi perhatian.
Alhamdulillah.itu teguran buat ana.Jadi ana kongsikan sedikit..
Sunnah Pada 1 Syawal :
1) Mandi sunat hari raya.
2) Pakai pakaian terbaik yang kita ada.
3) Pakai wangi-wangian (sunat bagi lelaki)
4) Makan dahulu sebelum ke masjid. (menandakan kita tidak lagi wajib berpuasa di siang hari).
5) Dalam perjalanan, bertemu saudara. Ucap: 'Semoga Allah menerima amalku dan amalmu'.
6) Banyakkan bertakbir,bertasbih dan bertahmid.
7) Jalan ke masjid ikut arah yang lain dan pulang ikut arah yang lain.( agar dpt bertemu ramai lagi saudara ).
Selepas tu..
bolehlah mula menziarahi dari rumah ke rumah.
Dalam sibuk beraya ingatlah saudara kita yang berada di Mesir,Syria etc. .
so. .
Raya kali ni.
Ana solat raya dekat kampung.
Ya. Masjid yang sama,tp dah bertambah besar & binaan batu bukan kayu lagi.
Tempat yang sama,tp kawasan dah makin luas & mudah parking kereta.
Keluarga yang sama,tp makin meningkat usia.
Ana tetap ana yang sama,tp adakah ana b'ubah? Makin matang? Makin beriman? Ramadan makin baik?
atau makin riak.makin jauh.makin lemah.
Raya kali ni. .
terasa perubahannya.
Anak buah lagi besar dari ana.
Sepupu yang bujang dah kahwin & ada anak.
Mak cik & Pak cik dah bertambah anak.
Alkisahnya. .
Ana : Duit raya? ( x malu dah,dari kecil dia jaga ana )
Pak cik : x payahla,x lama lagi bukan kau lagi yang dapat duit raya..kau pulak yang bagi duit raya
(sebab dah boleh kawin) .
Ana : Sentap la pla.
'X DAPAT DUIT RAYA' & 'BAGI DUIT RAYA'
yap.semua orang makin hari makin membesar,makin banyak tangunggjawab.
Ayat ni membuatkan ana ingat hidup ini singkat.
Semua berlalu dengan pantas.
Semua berubah,tp Allah tidak.
Janji kita pada Allah tetap sama.
Cinta Rasulullah pada kita tetap sama.
yang berbezanya adalah kita,
membezakan kita adalah iman & takwa,
amalan kita berbeza.
Suka ana menitipkan kata-kata yang tergiang2 di ingatan berkaitan singkatnya dunia ini
'Dunia ini hanya persinggahan,tiba masanya..kita akan dipanggil semula.Di sanalah yang hakiki.'
'Anggaplah dunia ini seperti sejadah,di mana tempat kita beramal ibadah.'
Ayuh sahabat. Jangan terbuai dengan arus dunia terutama di Aidilfitri ini.
Teruskan amalan kita sewaktu Ramadan.
Jangan jadi hamba Ramadan,tp jadilah hamba Allah.
Bersesuaian dengan Aidilfitri,
Kembali kepada FITRAH.
FITRAH kita. .
Hamba yang mengakui adanya Allah.
P/S : Maaf kepada yang mengenali diri ini..tiada kad raya mahupun mesej..line Celcom x baik.Hp x m'izinkan ana..
No comments:
Post a Comment