Monday, 26 August 2013

Love is Blind

Minggu ni sepatutnya disibukkan dengan membuat esaimen.
tp tengah2 sibuk ni,tak da idea plak.
tak tahu mau buat apa.

Perasaan atau pemikiran tak tahu mahu buat apa tu
lebih teruk daripada perasaan stress.
Stress ada penyelesaiannya,kalau kita tak tahu ni.
we do nothing-cecelia ahern cakap.

Jadi situasi ni buatkan ana flashback kisah lama.
Waktu zaman muda remaja. Tak matang lagi.
Kisah Cinta..yg mencabar diri ana sebagai seorang daie di muka bumi Allah ni.
Kisah Cinta. .yg m'buatkan ana rasa tak tahu mahu buat apa.


Tapi bukan kisah cinta ana,bestfriend ana yg punya.
Ana dah tanya boleh share tak benda ni dgn org lain & responnya sangat menggalakkan.

A-ana, I-kwn ana , H-kekasih kwn ana ,K-Kakak kwn ana ,U-guru kaunseling

Alkisahnya,

di suatu hari yg indah..

K : N(smbg sendiri). .kau tahu tak yg I tu dah couple dengan H.

A : tak tahu.Mungkin khabar angin jak tu.

Beberapa hari kemudian. .

I : N(sambg sndiri)..aku minta maaf banyak2 tau..sbnarnya aku dah couple dengan H tu..pertama aku ingat mau main-main jak,nak test dia tu iman kuat sangat ka tidak. (sebab H ni,orang kuat dalam persatuan berkaitan agama) Tp sekarang,aku dah ada hati pada dia..Aku sengaja sembunyi dari kau,sebab kalau tanya kau pun.Mesti kau tak bagi aku couple. Aku tahu kau tak bagi pun untuk kebaikan aku.Tp aku suka dia.

A : kau couple dgn dia? serious?jd betullah apa aku dgr.

I : kau marah ka? sorryla.

A : Aku tak marah kau tak bagitahu aku,kita pun tak selalu jumpa. Tapi kenapalah kau couple dengan dia. Kau pun tahu kan Couple tu haram..dia pun sepatutnya lagi tahu,Couple tu haram.

I : tp N(..), kalau kami jumpa pun ada kawan. Kalau aku tak bawa kawan perempuan aku,dia bawa kawan lelaki dia. Cubalah kau nasihatkan aku sikit.

A : sigh. .I,kau tahukan aku sayang kau..aku cakap awal2,aku tak suka apa kau buat ni. Kau jga yg cakap,couple tu buang masa. buang duit.tp yalah,mgkin aku juga akan diuji mcm kau. tp yakinlah dengan Janji Allah. .seorang lelaki yang baik,untuk perempuan yang baik.Skrg ni macam mau jak ku jumpa H tu,bagi bebelan sikit.

I : Sabar N(..).

A : Jd aku nak bgtau kau balikla..Couple tu haram. tak kiralah dia bawa teman ka ko bawa teman ke..tetap tak boleh. Sedangkan COUPLE ISLAMIK PUN HARAM. .

I : Aku tahu N(..) tp aku suka dia.

akhirnya,ana terdiam..sebab ana tak tahu mahu buat apa. Dua-dua dah faham..tapi tak sedar.

Tak sedar apa?
Tak sedar yang COUPLE TU HARAM,
hukum daripada Allah.
Walaupun, ana yg mention benda tu byk kali,tp hukum tu dri Allah bukan dari ana.
Adakah bermaksud,bila ana tak marah dia couple,Allah akan benarkan dia couple?

Ana merasainya,
kadang kita lebih pentingkan pandangan manusia daripada pandangan Allah terhadap diri kita.

Mungkin sebab kita tak sedar dan tak merasai yang kita ni hamba Allah?


Waktu pulang sekolah suatu hari. .

I : N(..) aku mau cakap sesuatu ni. .aku dgn H kan..mcm dah jauh..mmg la awal2 tu..dia bagi nasihat pada aku..itu ini..tp lama2.kami makin kerap dating.dulu bertiga. .sekarang berdua. .kadang tu apa kami buat makin jauh. .

A : Makin jauh dari siapa ?

I : Allah.

A : Maaf ckp.Apa yg kau buat tu I salah,jd bila benda salah kita mmg surela makin jauh dari Allah.

I : aku tahu N(..). sebab tula bila aku rasa jauh..rasa dah mengila..aku jumpa kau,minta nasihat kau..kalau boleh aku mahu selalu dengan kau..kau tahukan kawan sekelas aku tu bengong2 semua.

A : Aku ni pun I bukan baik betul. Aku rasa baik kau kurangkan dulu b'sms dengan dia tu.kurangkan call.

I : Aku tak kuat N(..).  . . . .aku. .

A : Betul ni? serious?? (nangis) Jadi apa gunanya kau minta nasihat aku..insaf skjap..tp masih buat benda yg sama. kau tahukan I,aku tetap ada dengan kau..tak kiralah kau betul ka salah aku tetap dengan kau.tp tak semestinya aku sokong apa yang kau buat. Aku tak boleh tolong kau,kalau kau tak tolong dirimu sendiri.

I : N(..) kenapa kau nangis? (muka hairan)

A : Allah.I. . benda yg kau buat tu jelas2 salah. .(. . .). .dan aku cuma.aku cuma tgk kau jatuh.aku tak buat apa2.

Ana tgk sahabat ana jatuh.
Tp ana tak tahu mahu buat apa.

kenapa?
SMS,nasihat dan waktu yg kami luangkan bersama tak mencukupi untuk membuka mata hati dia.
(atau ana suatu hari nanti)Nauzubillah. .

tak cukup?ka tak mahu berubah?atau hati tak terbuka lagi?

betullah.hati itu milik Allah.
Allah yg memberikan hidayah.
tp kita selalu menyia2kan hidayah.
dan Ana? Ana rasa ana bukan kawan yg baik.


Akhirnya,
kisah cinta ini. .sampai ke pengetahuan guru kaunseling.

U : N(..),sayang I tak?

A : sayang..

U : kalau begitu,cuba ceritakan apa yang N(..) tahu tentang kisah cinta dorg..jadi Umi boleh tolong. N(..) pun tahukan Kerahsiaan dalam PRS..dan I sendiri dah bgtahu.tp mungkin tak sebanyak dia bagitahu pd N(..)

A :ok Umi..bla.bla.bla. .

U : Ooo..bgtu. N(..) tahu kan cara terakhir untuk memberi pengajaran pada kawan kita ialah dengan memulaukan dia.

A : blank. .kenapa Umi?

U : kalau kita terus2an dgr apa dia ckp..biarkan dia buat apa yg salah tu. Dia akan fikir yang kita sokong dia. Jd dia masih ada keyakinan dengan apa yang dia buat dan dia akan terus buat. .N(..) dah nasihat,sms dan dah halang pun,tp dia tak berubahkan. Jd Umi rasa itu adalah cara terakhir agar dia sedar,yg dia salah.bila dia dah sedar,kwnlah dia balik..sebab kita tak pulaukan dia kerana dia tak sempurna. tp kita pulaukan dia,sebab nak sedarkan dia apa yg dia buat tu salah. Boleh terima?

A : umm..sy cuba usahakanlah Umi. .

sepanjang perjalanan..ana terfikir.
'Aku tak boleh buat begitu,aku tak mampu.
Aku kawan I. .I perlukan aku.
tp kalau tak buat begitu means aku TAK BUAT APA2?.
Tp kalau aku teruskan layan dia,means aku BERSUBAHAT dgn dia.
means aku DAPAT DOSA JUGA. Allah..'

Ceritanya panjang lagi.
Namun cukuplah tersimpan dalam memori ana,
dan dijadikan pedoman sebagai pendinding diri,
agar tak jatuh ke lubang yang sama..

secara Generalnya pengajaran di sini. .


Maaflah kalau tak bermanfaat langsung.
p/s: setiap muslim itu adalah Daie.

No comments:

Post a Comment