Friday, 23 August 2013

Makin dekat, Makin Jauh.


Apa benda yang makin dekat,makin jauh?

Jawapannya : Aku,Dia & Kekasihku

Alkisahnya. .

Bermula awal pagi,
aku jalan kaki ke kelas. .
dia pun jalan di sebelah aku,
kita dekat,
kadang kita bertiga,kadang kita berdua. 

Kita makin dekat,tp aku makin jauh dari Kekasihku !

Duduk dalam kelas,
Kerusi aku,sebelah kerusi dia sahaja,
siku tak bertemu siku lg,
tak da apapun,Cikgu mengajar kita belajar.

Kita makin dekat,tp aku makin jauh dari Kekasihku!

Ada masa kosong,bosan. .
Kita pun ambil gambar,
kadang berdua,kadang bertiga,kadang seramai-ramai yang boleh,
Jarak kita bergambar tu,tak yah kisahlah.
Gambar jerr pon. .

Kita makin dekat,tp aku makin jauh dari Kekasihku!

Kelas dah tamat,
kita pun pegi makan. .
kadang dia duduk sebelah kerusi aku,
kadang dia duduk berdepan kerusi aku,
mata bertentang mata. .
kita pun makan. .

Kita makin dekat,tp aku makin jauh dari Kekasihku!

Bila ada nak cakap,
aku cakap dekat dia,
siap ada hehe,hikhik,
kalau boleh hal yang penting terjadi dalam hidup aku,
aktiviti sehari ni pun,aku nak bagitahu dekat dia.

Kita makin dekat,tp aku makin jauh dari Kekasihku!

Kadang aku nak beli barang,
kita naik kereta sama,
kadang kita berdua,kadang kita bertiga.
Aku tak tahupun selama ni,kau tak boleh 1 kereta dengan aku,
walaupun ada 3 org perempuan dalam kereta tu,
kau hanya boleh 1 kereta dengan aku..
bilamana memang dah tak da orang yang tahu memandu,pd ketika itu,di tempat itu.

Kita makin dekat,tp aku makin jauh dari Kekasihku!

So, apa yang membuatkan kita makin dekat,tp aku makin jauh dari Kekasihku?
Fikir2kanlah. .



Aku : Mana kau tahu,aku makin dekat ke makin jauh dari Kekasihku? Aku still solat apa? Tutup aurat lengkap?

Bedah : Yalah, siapalah aku untuk menilai tahap mana hubungan kau dengan Allah. Kau lg baik dari aku, tp aku bertangunggjawab utk bagitahu kau & m'peringatkan diri aku jgak.Jd kita saling memperingati ttg benda ni. 

Bahawasanya,

Pergaulan antara lelaki & perempuan itu,hukum asalnya adalah HARAM.
Tetapi menjadi HARUS atas sebab2 tertentu.
Itupun,sewaktu kita berurusan,kita kena menjaga adab pergaulan. 
Jangan sampai ikhtilat kita,menjadi ikhtilat yang HARAM dibuat.



Ingat. .MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.
Buatlah benda baik sebanyak mana pun,tp bila cara kita salah,tetap salah.

Haq tetap haq,Batil tetap batil.

Contohnya,
Kita nak jadi penganjur untuk 1 event amal,benda baik dah,tolong orang.
Tp cara kita?Ada tak,sepanjang kita bergerak kerja untuk siapkan event tu..kita buat ikhtilat yang salah?

Kalau tak ada. .Alhamdulillah.

Kalau ada. .bukan nak jatuhkan hukum bhwa amalan kita tu tak diterima. 
Tp risaukan amalan kita tu susah diterima & kurang diberkati oleh Allah.
Kerana bila 1 perkara baik bercampur dengan maksiat,Dah tak molek dah,dah kurang kesempurnaannya.

Kenapa da tak sempurna?
Sebab benda salah yg kita buat,m'buatkan Allah tak redha.
Jd benda yg sehebat mana pun kita buat,kalau Allah tak redha.
benda tu hanya jadi SIA-SIA..hanya meninggal letih & menyebabkan stress.

Maksudnya di sini, kalau kita nak buat satu kerja tu buat sehabis baik,agar Allah terima.

Kenapa kita pentingkan redha Allah?kerana tujuan kita hidup adalah untuk mencari redha Allah.

Kenapa aku asyik2 cakap benda ni? Walhal,aku pun kadang tak terjaga juga ikhtilat? .
sebab aku nak kita saling memperingati. Aku sayang kau. Aku nak kita sama-sama ke syurga. 

Ingatkan aku kerana telinga yang mendengar lebih dekat dengan mulut yang bercakap.
Hari ini engkau diuji,esok-esok aku..

                                                                      -the end-

P/S: sesiapa yg x faham,ana minta maaflah. kalau salah tolong betulkan.Boleh terus pm ana. 
        Tulisan kali ni memang untuk menyentapkan hati2 orang yang membaca. Kalau rasa sentap lepas baca,    
         hati oklah tu. Kalau tak puas hati,boleh datang berdepan,lebih baik marah daripada pendam.

2 comments: