Thursday, 19 December 2013

Dejavu Di Kinabalu

Assalamualaikum. .

Di suatu majlis ilmu, tahun 2011 yg lalu. .

" Kenapa kalau kita membayangkan kita berada di bandar,tempat orang ramai..kita rasa tak tenang,bising.
Tapi kalau kita bayangkan kita mendengar deruan ombak,kicauan burung,angin sepoi-sepoi bahasa..kita rasa tenang..kita tak rasa bunyi tu bising? Kenapa?"

"Sebab deruan ombak,kicauan burung,angin sepoi-sepoi bahasa tu adalah bunyi makhluk2 Allah yg lain tengah bertasbih memuji kebesaran-Nya..sebab tu kita rasa tenang. Hati  turut sama mengakui kebesaran-Nya. kn Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."

Teka ni gunung apa?




Gunung Kinabalu


Sekitar tempat penginapan

Dulu pernah terfikir,
Kenapalah Kuala Terengganu ni tak semaju Kota Kinabalu. .
 Tak da kenny roger,marry brown,harrison,popular etc. .

tapi sejauh mana perkataan 'Kemajuan' itu diukur?

In my opinion,
Kemajuan ..bukan diukur dengan banyaknya dan ketinggian bangunan yg ada, tp dengan akhlak masyarakat yg ada.

Bangunan vs manusia




Semua tempat tu sama yang berbeza ialah kita dengan siapa dan kita buat apa.

mungkin ada yg fikir,
mana boleh sama.

di pedalaman, x da internet.
di bandar ada.

1 Borneo

Selitkan kejap Suria Sabah

Ada beza keperluan dan kelengkapan.

Keperluan, kita wajib ada untuk hidup.
Kelengkapan hanya untuk memudahkan kehidupan.

Bukan bermakna kita tak perlukan kelengkapan dalam hidup.
cuma konsepnya kalau ada, adalah. Bersyukur.
Kalau tak ada,terima.
Berusahalah.

Contohnya,
makan nasi di rumah vs makan ayam KFC.
Kita setiap hari makan nasi di rumah, ada rezeki lebih boleh makan ayam KFC.

Alisha dgn lembu New Zealand

tempat susu lembu di proses

Semua tempat tu sama yang berbeza ialah kita dengan siapa dan kita buat apa.

dengan siapa?

Walaupun bandaraya itu besar,
tanpa keluarga,hati terasa rindu.

Bandar itu hanya kecil,
tp hidup bahagia dengan keluarga di sisi.

kita buat apa?

Walau di perantauan,
hidup terisi dengan masa yg diperabiskn untuk menimba ilmu.

Kalau hanya bangun.makan.tidur.
di rumah sendiri,tetap terasa bosan.

Kuala Terengganu kaya dengan majlis ilmu,
Kota Kinabalu mungkin gersang dengan ilmu,
namun insan-insan yg dahaga ilmu sentiasa ada.

Nampak?

Bukan bangunan yg perlu dibanggakan,tp manusia perlu dibangunkan.

Setiap ciptaan Allah itu,
Allah tidak ciptakan sia-sia,
Allah cipta utk beribadah kepada-Nya.

Manusia juga ciptaan Allah,
Jadilah manusia yg hebat.

Bukan sekadar hebat dengan kekayaan,
dengan teknologi dan pembangunan materialistik.

Jadilah seorang muslim yang hebat,
dengan akhlak dan ilmu pengetahuan,
kaya dengan ketenangan jiwa.

Doakan kami. .
En.Mad Jais sekeluarga.





Wednesday, 27 November 2013

The Best for The Last

Bismillah..

Sahabat ana yg comel.. Nana Yew.
selalu cakap. .

SAVE THE BEST FOR THE LAST

ana senyum.
Indahkan jika pengakhiran semua cerita berakhir dgn
happy ending. .

Siapa kenal Lee Min Ho?
hehe..siapa yg tengok Drama Korea tu. .kenallah.
Bukan nak popularkn Lee Min Ho sebab dia mmg dah popular pun.

Nak cakapnya di sini.
Setiap lakonan yg dia lakonkan mesti

Dia jd main actor-hero.
Mesti happy ending.

Tahu tak apa persamaan kita dengan Lee Min Ho?

Dia sebagai pelakon..
berhak untuk memilih jalan cerita kisah yg hendak dia lakonkan,
pengakhiran yg bagaimana,
walaupun dia bukan director.

Samalah macam kita..
sebagai seorang PELAKON di Pentas Dunia ni.

Kita punya pilihan utk memilih jalan cerita hidup kita,
berkemampuan utk memilih dan merealisasikan..
pengakhiran hidup kita.

Semua orang impi2kan happy ending.
dalam cerita cinta,drama,movie dan kehidupan di dunia nyata.

tapi realiti dan fantasi
2 benda yg berbeza.




Ana dibesarkan dgn cerita2
spt cinderella,snow white, beauty n the beast
Kisah cinta yg berakhir dengan happy ending.

Bila membesar..
ada cerita cinta yg lagi menakjubkan. .

spt Sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi.
Sejarah ini realiti..cerita di atas tu pla fantasi.
nampak?

Kalau kita singkap..
sejarah yg realiti ini,
menceritakan kisah cinta seorang hamba kepada Tuhannya,

yang menariknya
sejarah cinta ini berterusan sehingga sekarang
kerana masih ada yg meneruskan
rantai-rantai perjuangan.

Happy ending?
Sudah tentu..

" Kebenaran itu terkadang lemah, tetapi ia tetap akan menang. . Sementara kebatilan itu terkadang menang, tetapi ianya tidak akan berkekalan ". .
[ as-Syahid Syed Qutb ] 

Persoalannya. .
Kita hendak terus berangan-angan spt dalam fantasi
atau berpijak di bumi yg nyata?

Siapa orang yang berangan-angan?
Orang yg terus menerus meminta kebaikan daripada Allah,
tapi tak berusaha untuk mendapatkannya.

Kita menginginkan syurga,
nilai semula usaha kita, cukupkah sudah?

Kita mengimpikan ending yg gembira,
amal kita bagaimana?

Secara logiknya,
hero dlm fantasi pun perlu lalui pelbagai konflik,
utk dapatkn happy ending.

Realiti hidup juga sama,
Mujahadah itu pahit,kerana syurga itu manis.

Perjuangan bukanlah hanya kata - kata, tetapi perjuangan ialah perlaksanaan kata - kata...

Apa pentingnya ending sesebuah cerita?

sebab semua yg bermula itu ada pengakhirannya.
Setiap yg hidup pasti akan mati.

Pernah dengar..Mati itu pasti,hidup InshaAllah.

Ya. Semua orang akan mati.
Malah..semua orang dah bertunang dengan mati.

Mati.
Menakutkan bukan?
kerana penyakit wahan dalam diri.
Takut mati dan cintakan dunia.

Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati.

Bila kita ingat mati,
kita takut buat dosa.

Bila kita ingat mati,
kita hargai masa hidup yang singkat.

Bila kita ingat mati,
kita berlumba-lumba membuat kebaikan

Alangkah beruntungnya,
Bila kita ingat mati,
kita ingin bertemu dengan Allah,
dan kita rasa bahagia dan bersedia.

Jom..kita ingat mati.

Teringat sebuah kisah. .

Di sebuah Bandar,ada seorang lelaki yang kaya dan memiliki seorang gaji yang sedikit dungu. Suatu hari lelaki kaya ini memanggil orang gajinya dan memberikannya hadiah sambil berkata :

“ Simpan benda ini di suatu tempat yang selamat sehinggalah kamu berjumpa seseorang yang lebih dungu daripada dirimu. Apabila kamu menjumpainya, berilah kepadanya.”

Orang gajinya itu menjawab, “ Baiklah tuan”.

Satu ketika, lelaki kaya itu jatuh sakit. Ramai doctor yang merawat tetapi tiada tanda-tanda yang akan sembuh. Lelaki kaya itu mula berputus asa dan memanggil orang gajinya. Dia berkata kepada orang gajinya :

Lelaki Kaya : Aku akan pergi tidak lama lagi. Jika aku ada melukakan hatimu, tolong maafkan aku.

Orang Gaji : Tuan, ke manakah tuan mahu pergi?

Lelaki Kaya : Ke tempat yang semua orang akan pergi.

Orang Gaji : Bilakah tuan akan kembali?

Lelaki Kaya : Aku akan ke tempat yang tidak boleh kembali lagi.

Orang Gaji : Benarkah? Sudahkah tuan membuat persediaan untuk ke sana nanti?

Lelaki Kaya : Belum.

Orang Gaji : Sudahkah tuan membuat persiapan untuk melindungi tuan daripada panas dan sejuk?

Lelaki Kaya : Tidak.

Orang Gaji : Adakah tuan menyediakan makanan dan minuman juga?

Lelaki Kaya : Tiada.

Selepas mendengar jawapan tuannya, orang gajinya ketawa lalu berkata :

“ Tuan, ia sangat mengejutkan saya.di rumah sementara tuan ini, tuan membuat pelbagai pengubahsuaian agar tuan gembira dan selesa. Namun bagi rumah tuan yang kekal, tuan tidak membuat persediaan langsung. Sekarang beritahulah wahai tuan, di manakah akan saya temui seseorang yang lebih dungu daripada tuan? Dengan itu, saya memberikan hadiah ini kepada tuan”.

Mahukah kita menjadi lelaki kaya dalam cerita di atas?
renungkanlah.
Better late than never.
Api tidak dapat membakar Nabi Ibrahim ..
Pisau tidak dapat membunuh Nabi Ismail ..
Laut Merah tidak dapat melemaskan Nabi Musa ..
Ikan Nun tidak dapat menelan Nabi Yunus ..
Beradalah bersama Allah Taala .. Nescaya Allah akan bersamamu 


Senyumlah dalam ketaatan .

Tanda redha kepada Tuhanmu.

Thursday, 21 November 2013

Tidur Yang Panjang

Bismillah
Assalamualaikum. .

Alhamdulillah. Selamat sampai ke bumi tarbiyyah, Tawau,Sabah.

Selepas detik2 yg mendebarkan..menanti khabar dari jauh, sementara menunggu naik flight.



I keep wondering about this

Ada orang. . perkataannya menimbulkan kemarahan,
 Ada juga  bila berkata, orang rasa terhina,

Ada orang. . perkataannya membuatkan orang sedih,
 Bait perkataannya membuatkn orang rendah diri.

Dan sebaik2 orang yg berkata,
ialah perkataan yg mampu membuka mata hati,
yg memberikan inspirasi.

Untungla org yg pandai berkata2,
tambahan kata2nya mampu menjadi pedoman pada orang lain.

Bila menilai diri semula..
terasa jauh dari kenyataan tersebut.

Jangan dilupa,
hidup ni adalah ujian.
Orang yg bijak menutur kata,
mahupun tidak.

Allah tetap akan uji apa yg kita katakan.


Dalam Surah As-Saff: 2-3
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!"..
"Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."

Allah. Takutla pada Allah,jika kamu tak buat apa yg telah kamu katakan. .

Sampai satu tahap di suatu tempat..
ana tefikir. .

Ini semua retorik!!

tp apa tu retorik? 


Retorik ialah pujukan,penerangan,penghujahan,pendedahan dan penceritaan.

Penceritaan ok. .
apa tu cerita? sesuatu yg kita bgtau..tp belum tentu betul..belum tentu kita buat.
Faham?

Contohnya. .
Kita suruh adik2 kita nyanyi lagu Negaraku dgn penuh semangat. .
tp realitinya, sampai waktu kita yg kena nyanyi lagu tu..
kita nyanyi mcm org yg tak pernah hafal lagu tu. .

Nampak tak retoriknya di situ.

Persoalannya. .Siapa yg retorik??

Kita?
Aku.Saya.Ana.

Sibuk cakap tunaikan solat di awal waktu,solat berjemaah..
tp bila mengejar waktu..
kita kena solat..dlm 5 min? 6 min?

maka solatnya,
tunggang tebalik.tunggang tebalik.yg penting siap..
tp . .Kita hayati tak?

Walhal di waktu kita sedang sibuk,
Solat lah..waktu utk kita rehat,
waktu untuk kita berhubung dengan Allah.

Allahurabbi. .

Sibuk cakap Ukhuwah Fillah Abadan abada. .
tp bila kawan nampak pelik sikit,post benda yg luar jangkauan sikit,
Ada kita tanya sebab dia jadi bgtu?
atau kita terus menghukum?

Bila kawan cakap.. A.
tak. B betul. aku betul..kau kena buat macam ni.
Aku ada ilmu..pengalaman aku banyak.

Mana rukun ukhuwah kita?
berbaik sangka?
berlapang dada?
Melebihkan sahabat?

Rasanya..kalau nak disenaraikan..
terlalu banyak retoriknya saya.

Bila seorang sahabat tanya,
enti siapa?

PELAKON AGAMA.

Sedih.
bukan sedih atas statement tu.

Sedih,
kerana walaupun pahit.
ya mmg betul..

bagaikan terbangun dari tidur yang panjang..

hati berbisik..ya.

saya.ana.aku

seorang PELAKON AGAMA.

tapi semuanya belum berakhir..
cukup.cukupla tidur.

cukuplah 20 tahun telah disia2kan.
menjadi robot di dunia,
berangan-angan kosong,
bangunlah. sedarlah.

Kekuatan adalah pada amal, bukan retorik bermain kata.
Kekuatan adalah pada amal, bukan retorik bermain kata. - See more at: http://saifulislam.com/2013/10/antara-kekuatan-amal-dan-retorik-kata/#sthash.xGoZX7Tc.dpuf
Gengamlah kebaikan dengan istiqamah.


Solusinya..

ana mau menceritakn semula tentang seorang tokoh yg bernama

Al-Hassan Al-Basri

Beliau hanya hidup selama 80 tahun.
Namun sepanjang tempoh usia itu,
beliau berjaya mengisi dunia ini dengan limpahan ilmu,hikmah & ilmu fikahnya.

Warisan yg ditinggalkan itu untuk generasi selepasnya,
seolah-olah beliau hidup sehingga kini mengajarkan ilmunya.

Al-Hassan Al-Basri

mampu membuktikan kata2nya bukan retorik semata2.

Bagaimana?

Setiap yg diucapnya pasti selari dengan perbuatannya.
Apabila beliau mengajak kepada kebaikan,
beliau adalah orang pertama melakukannya.

apabila beliau melarang melakukan kejahatan,
beliau adalah orang pertama meninggalkannya.

Kesimpulannya,
Jalan menuju Allah tu bukannya mudah.
Memerlukan kesungguhan dan pengorbanan,

Jangan berhenti,
Jangan bersendiri,
Kita nak sama2 masuk syurga.
Marilah kita berpimpin tangan,meredah arus dunia.

Mujahadah itu pahit sebab syurga itu manis.
Derita itu manis.

p/s: maaf pada yg terasa. bukan hendak menuding jari. .lebih kepada muhasabah diri.

Kekuatan adalah pada amal, bukan retorik bermain kata. - See more at: http://saifulislam.com/2013/10/antara-kekuatan-amal-dan-retorik-kata/#sthash.xGoZX7Tc.dpuf
Kekuatan adalah pada amal, bukan retorik bermain kata. - See more at: http://saifulislam.com/2013/10/antara-kekuatan-amal-dan-retorik-kata/#sthash.xGoZX7Tc.dpuf
Kekuatan adalah pada amal, bukan retorik bermain kata. - See more at: http://saifulislam.com/2013/10/antara-kekuatan-amal-dan-retorik-kata/#sthash.xGoZX7Tc.dpuf
Kekuatan adalah pada amal, bukan retorik bermain kata. - See more at: http://saifulislam.com/2013/10/antara-kekuatan-amal-dan-retorik-kata/#sthash.xGoZX7Tc.dpuf

Thursday, 7 November 2013

Love Test

Assalamualaikum..
Bismillah.

Alhamdulillah. 2 paper da selamat diduduki.
Maka berkuatkuasala prinsip benda yg lepas jangan dikenang.

Exam Mode for The Next Paper Is ON.

Jadi kali ni nak cakap tentang Test.
Apa yang anda bayangkan bila baca perkataan love test?

Benda ni?

Love Tester

Baitul Muslim memang popular semenjak dua menjak ni.
Ustaz2 syorkan kahwin awal.
tp bukan nak cakap pasal kahwin,
nak cakap pasal cinta.

Love IS Cinta.

So..jom kita imbas kembali kisah cinta. .

Unfaithful Lover.

Dulu ada seorang pencinta,
dia berjanji. .
akan mengabdikan hidupnya utk Kekasih yg Satu.
Setia & taat pada Kekasihnya, tiada dua.

“Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?”. Al-Insaan : 1
Ingat lagi x masa tu?
Kita semua janji dengan Allah untuk beribadah kepada-Nya.
Kita buat x?
Kita setia tak pada Allah?

SETIA. . .

tp kenapa kita masih takut pada benda lain?
sedangkan Allah sentiasa ada untuk kita.

kenapa kita masih lebihkan benda lain?
sedangkan kita dah janji untuk setia.

Kita masih tak tutup aurat,
Masih terus lakukan maksiat,
terus terbuai arus dunia.

Allah sentiasa sayang kita.
Allah sentiasa cinta pada kita.

tp kita?

Betul kah kita tak pernah sayang Allah?
Betul kah kita tak pernah rindu Allah?

Tipu siapa yang cakap betul.
Manusia seburuk2 mana pun,
sejahat mana pun..
jauh di sudut hatinya masih ada rasa takut pada Allah,
Masih ada rasa ingin kembali ke jalan yg benar,
Masih ada rindu yang tersimpan.

Bila ada rasa rindu di hati,
pulanglah. .
Call dan berhubunglah dengan Allah.

(bukan call guna hp ya,solat,zikir etc)

Kalau sayang kenapa Allah turunkan ujian?
Kenapa Allah buat kita susah?

Jawapannya



Nampak tak betapa sayangnya Allah pada hamba-Nya.

Cuma kita yang perlu sedar dan tunjukkan kecintaan kita pada Allah.
How?

sebab tu ada love test.
Bila masa pla ada love test ni ?.

Alkisahnya,
kita selalu dengar..
Life is a test.

Betul da tu. Cuma ana tambah. Life is a love test.

Allah uji cinta kita bukan menggunakan Machine tester. .
KPI kita menggunakan istiqamahnya kita dalam beribadah.
berapa banyaknya kita ingat Allah.

Kalau kita boleh sedih bila salah jawab soalan exam,
Kenapa kita tak sedih untuk buat maksiat?

sebab kita tak sedar.
Bayangkan betapa seriousnya hidup kita ni.

Exam di dunia..ada trial.
Sebelum SPM,ada exam percubaan sebelum SPM sebenar.

tp ujian akhirat, ada trial tak? TIADA.
hidup sekali mati sekali.

tapi Allah tak zalim.

Ujian di dunia,
kita belajar sebelum exam,baca buku & ulangkaji.

Ujian untuk akhirat,
Allah suruh kita hidup berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
Ada manual jga untuk love test ni. Allah tak biarkan kita bersendirian.

Melalui Al-Quran dan Sunnah,
Kita boleh belajar bercinta.

Ada cara-cara untuk meraihkan redha Allah.

Ujian di dunia,
boleh terjadi penipuan.

Ujian untuk akhirat,
Ada malaikat Raqib dan Atid untuk mencatit.

Ujian di dunia,
habis exam,habis test.

Ujian untuk akhirat,
Selagi nyawa dikandung badan.
Every second is precious.

Sekarang pun kita tengah menjalani ujian tersebut.

tapi pernah tak terdetik di hati kita,
atau pernahkan kita fikirkan..

Kalau aku buat ni..Allah suka tak..
Kalau aku tinggal ni.. Allah redha tak. .

Hari ni nak "dating" dengan Allah lama2 lahh..
Nak baca kalam Allah panjang2 laahh..

Kalau pernah..Alhamdulillah.
Anda sedang merasa manisnya cinta..

Hati berasa tenang,
Jiwa terasa lapang,
Hati berbunga-bunga,
bibir tak lekang senyuman.

Allah..semoga kita merasa perasaan tu.

Dalam menjalani Love Test di dunia ni,
Allah tak pernah tinggalkan kita bersendirian.

Allah sentiasa ada.

Bila kita sedih
 kita mengadu pada Allah.

Bila kita susah
kita minta pertolongan pada Allah.

Bila kita buntu
kita minta petunjuk dari Allah.

Nampak tak perfectnya cinta Allah?
Cinta manusia belum tentu.

So,
persoalannya..
kita nak jadi unfaithful lover ka sebaliknya?
Fikir2 kanlah.

InshaAllah.
Jika kita letakkan cinta kepada Allah,
mengatasi segala-galanya.

Allah takkan sia2kan cinta kita,
Dia akan letakkan cinta kita
pada insan yg turut
meletakkan cintanya pada Allah.

So, jom belajar bercinta..
cinta pada Rasulullah s.a.w,
meraih redha Allah..

Better late than never.


P/s: moga bermanfaat. .susah nak describe love,hanya hati yg mampu merasai kewujudan dan kemanisan cinta. Cinta yg abadi,cinta kepada Allah dan Rasulullah.

Tuesday, 29 October 2013

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Bismillah. .

After sometimes,
I thought..
I wish I could get back to the start. .

tapi bila difikir2kn semula,
mcm x bersyukur pla dgn ketentuan Allah.

Allah dah susun atur hidup kita secantik dan yg terbaik utk kita.
it's matter of choice.
Kita yg buat pilihan..pilihan yg dekat pada Allah ataupun tidak.

Stop dreaming..please wake up.

Kita x bole mengubah apa yg telah berlalu,
tp kita boleh melakar masa depan kita dengan pilihan yang kita buat.

timbul satu masalah lagi.

SAYA TAK SEDIA NAK BUAT PILIHAN.

kenapa ya? Bila aku boleh katakan aku bersedia?

Atau. .
Aku yg TAKUT utk berubah.
Aku yg TAKUT utk bertanggungjawab.
Aku yg TAKUT utk matang.
Aku yg TAKUT utk berkorban.
Aku yg masih INGINKAN kesenangan.

Jika kesenangan dunia yg aku dambakan,
hidup hanya tidur,makan,lepak,update status fb..
update gambar instagram,merepek di Whatsapp n Wechat,
graduate IPG,Kahwin (huhu), dpt anak, tua, mati.

Hidup sangat senang dan bahagia.
Hidup untuk hidup,bukan hidup utk mati.

Namun di mana peranan kita sebagai seorang muslim?
Seorg yg katanya Hamba Allah?
Seorang yg katanya cinta dan rindu pada Rasulullah?
Seorang yg sanggup korbankan apa sahaja utk Islam?

Pengorbanan yg paling besar bagi seorang Muslim ialah
bila muslim itu sanggup korbankan diri,masa,keluarga,rakan-rakan semata2 utk Allah,Rasulullah dan Islam.

Tanya diri kita semula,sanggupkah kita?
Kalau sanggup,kenapa susah buat pilihan?
 walhal pilihan sudah ada depan mata.

Action speaks louder than voice. people. .
Sedap mulut becakap, hanya dengan mujahadah ianya dapat dicapai.

Jika kesenangan itulah yg lebih kita utamakan,
melebihi cinta Allah dan Rasul.
Firman Allah dalam Surah At-Taubah,ayat 24.

"Katakanlah jika bapa2 mu,anak2 mu, saudara2 mu, isteri2 mu, keluargamu, harta kekayaan yg kamu usahakan, perdagangan yg kamu bimbangkan kerugiannya, dan rumah2 tempat tggl yg kamu cintai drpd Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada org2 yg fasik."

Nauzubillah.

Life in this world created to break our heart.
Akhirat jua yg kekal abadi. Namun kita hidup seolah-olah kita tak kan mati.

Sedarkah kita setiap masa kita kena buat pilihan,
jgn terlambat utk buat pilihan,
kerana kita tak tahu bila kita akan mati.
Takut2 kita mati tanpa memilih Islam.

Rasulullah bersabda :

“Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri daripada jamaah kaum muslimin(ISLAM), maka beerti ia mati sebagai mati jahiliyyah”

Ada  masalah lagi,

SAYA TAK TAKUT BUAT PILIHAN, TAPI MASA YG DIBERI TAK MENCUKUPI.

Berapa lama baru masa itu mencukupi?

Jangan lupa kita makhluk Allah,
masa tu pun makhluk Allah.

Allah susun atur segala makhluk-Nya dengan cantik.

Walapun kita rasa terlalu pantas utk kita buat pilihan,
terlalu pendek masa yg Allah beri utk kita.

Pendek n panjang masa yg diberi,
bukan penentu kita sudah bersedia.

tapi ALLAH BAGI KITA PELUANG UTK BUAT PILIHAN,
KERANA ALLAH TAHU KITA SUDAH BERSEDIA.

Allah knows the best.

Firman-Nya,

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah : Ayat 286)

"Diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu. tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, walhal itu yg baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, walhal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah : Ayat 2l6)

it's up to us, to decide our choice.
It's never too late.

tapi risau bila kita takut buat pilihan kali ni,
takut Allah takkan bagi peluang yg SAMA.
sebab hati kita milik ALLAH.
sebab mati bila-bila masa.

apa kaitan dengan

Aku yg Dulu Bukanlah yg Sekarang?

Dulu.dulu.dulu ku menderita tanpa Islam,
sekarang aku bahagia. .

Aku kenal Islam,
bukan dengan tudung labuh yg tersarung di kepala.
aku bermula dengan tdg pendek.

Aku kenal Islam,
bukan sebagai org yg sentiasa solat,
aku bermula dengan tak pernah solat.

Aku kenal Islam,
saat aku anak derhaka,
sekarang Alhamdulillah.

Aku kenal Islam,
saat aku tidak mengetahui apa itu sunnah,
sekarang Alhamdulillah.

Aku kenal Islam,
dengan tak tahu apa itu perjuangan,
aku bermula dgn byk kepedihan dan kesakitan.
sekarang Alhamdulillah.


Nampak tak Islam Is The Way of Life?
Tiada org yg kenal Islam bila dia sudah perfect,
Org kenal Islam bermula dri kosong.

Kenapa?
sebab tu la ada istilah Tarbiyyah Islamiyyah.
Hidup kita ni satu tarbiyyah.
kita yg buat pilihan sama ada,
Tarbiyyah Islamiyyah
or Tarbiyyah etc..
Fikir2kanlah..t'utama org yg menaip post kali ni.

Walaupun org nampak
dulu aku bahagia, sekarang aku menderita.

Hakikatnya,
Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang,
Dulu.dulu.dulu ku menderita tanpa Islam,
sekarang aku bahagia dengan Islam.

Allah janjikan setiap kesusahan ada kemudahan.

kerana Perjuangan itu bukannya mudah,
jika perjuangan itu mudah, Islam tak kan pernah terasing,
kerana semua orang sanggup berjuang.

So,people..
make your choice.
If you stress over things that haven't happened yet ; that fear.

Live your life,
Life is short,
Make it worth.

Salam Imtihan utk semua yg ada exam.
Bittaufiq Wannajah!
Usaha.Doa. Tawakal.
Selamat Bercuti..

We have nothing without Allah.


Sunday, 20 October 2013

obetovaƄ

Bismillah. .

Salam Eidul Adha semua.
Sedar atau tidak. Dalam bulan zulhijjah.

Alkisahnya. .

Raya Haji,selalu tidak disambut meriah.
Meriah bukanlah pengukur tahap penghayatan kita.

Honestly,
ana tak sambut Raya Korban meriah mana pun.
Tapi ana selalu pesan pada diri,
jgn lupa ambil ikhtibar rentetan peristiwa
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

so,
Apa ikhtibar yg ana selalu ajarkan pada diri?

first,
TAATI PERINTAH ALLAH.

Jika kita imbas kembali,
betapa hebatnya Iman dan keyakinan kedua2 nabi ini kepada Allah.

Allah perintahkan Nabi Ibrahim korbankan anaknya,Nabi Ismail.
ikut logik akal,
Mahukah seorg bapa yg bru pertama kali bertemu anaknya,memenuhi perintah Allah agar mengorbankan anaknya? X sanggup,sayang kot.

Nabi Ismail pula,memenuhi perintah Allah sama seperti membunuh diri. Tp,Nabi Ismail redha,tetap melaksanakan perintah Allah.

Allah. Hebatnya seorang manusia,
Bilamana cinta kepada Allah itu mengatasi segala-galanya.
persoalannya,kita?

Kedua,
Cinta dan pengorbanan.

Di mana ada cinta,di situ ada pengorbanan.huhu.
Cintakan Allah,kita sanggup korbankan apa shaja utk Allah.


Hidup sentiasa memerlukan pengorbanan.
Tapi, apa yg kita korbankan dalam hidup?
Di mana kita salurkan pengorbanan kita?

Ada org,sanggup berkorban duit.
tp di mana duit itu disalurkan?

Ada org sanggup korban masa,
buat itu dan ini,
tp di mana masa itu dihabiskan?

dan..
sebesar2 pengorbanan utk seorang manusia itu ialah..
jeng.jeng.jeng.

Sanggup korbankan dirinya utk Allah dan Rasulnya.
Contohnya, pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail..
Bilal,Sumayyah.Asiah etc.

melihat perspektif kita hari ini,
korbankan diri utk Islam,

melalui,
sejauh mana kita sanggup habiskan masa,duit dan tenaga kita
untuk membantu Islam yg semakin terasing.

Maka nak dijadikan cerita,
sewaktu on the way ke Manjung,Perak.
Pukul 2++am,
tgh sibuk merenung jalan,disaat insan2 dalam bas tgh tidur.

Allah ilhamkan ana idea.
Analogi sebenarnya.

Kita ni ibaratkan bas tu.
Bila malam,kita kena hidupkan lampu.

Ada lampu rendah & lampu tinggi.
Lampu2 ni mengeluarkan cahaya yg bole ana samakan dengan cahaya Islam dalam diri kita.
a.k.a Iman.
Dalam hidup ada masa iman kita tinggi,ada masa iman kita rendah.

Sepanjang perjalanan lampu rendah lebih lama digunakan,
kalau jalan raya gelap betul,baru pasang lampu tinggi.
Samalah mcm ana, iman senipis kulit bawang,
iman tu tak boleh maintain tinggi (byk dosa),
tp bila diuji dengan kegelapan a,k,a kekosongan hati,
barulah sibuk nak meningkatkan iman.

Alhamdulillah,Allah masih beri kesedaran.

Pasang lampu tinggi ada masalah jga,
kadang pengguna jalan raya lain x suka,
ada juga yg ok.

Kaitkan dengan kita,
bila buat baik,kadang ada yg mengata,
ada yg suka.


Mesejnya di sini,
sentiasalah muhasabah semula,
di mana kita hari ini.
Makin berubah? atau masih di takuk lama.


Hak Cipta Terpelihara Nashiha MJ



Yg ingin berubah,jgn tggu lama2.
Cik Hidayah tu kenalah seiringan dgn En.Taufik.

p/s: maafla merepek2.moga bermanfaat.

Friday, 11 October 2013

Rahsia

Bismillah. .

Malam ini gelap... janganlah lebih digelapkan oleh dosa-dosa mu.
Malam ini gelap... semoga ia terang disinari oleh cahaya taubat mu!

Di saat insan2 sedang lena.
Fikiran ana melayang.
Mengupas perkataan Rahsia.

Post kali ini..langsung x islamik.

Ana dapati, ramai orang, disenangi ramai,
sebab diorang pandai berkata-kata.
diorang  jarang berahsia.

Bila kurang rahsia,org mula mengenali mereka.
and me..
i thought i'm not that kind of person.

I only talk about it
when I think it's necessary for u to know,
when I feel I like to tell u.

So,
bagaimana pula dalam bersahabat,
berkongsi tak dengan mereka.

yup. Ada yg beruntung dapat kongsikn 80%
tp seringkali tak lebih 70%.

Bukan kerana tak percaya pada mereka,
tp Dalam dunia ni byk benda adalah rahsia.

Bila mau kahwin? Rahsia Allah.
Bila mati? Rahsia Allah.

Tp 1 Rahsia ana mau share..

Minggu yg penuh makna..

I learned about Racism & Prejudice.
I might said, Don't take too much. Allah is more important.
but the fact is I can't stop thinking what people talk about me.

despite of asking me,
you're judging me.

despite of saying u love me lillahitaala,
u didn't even realize why I can't walk properly with my 2 legs this few days.

yes it's my fault not telling u,but we see each other almost everyday..
so why?

I'm not asking for attention,
I only ask for u to be "hUsnuzon" with me.

I know and I realise,
I'm not..not good enough to be your friends.

I found this
it's my fault.


Second,
Allah uji lagi..

Diberitakan 1 khabaran yg m'buatkn ana terpaku 5 minit,
menangis semahu2nya selama 5 minit.

Hati sakit sangat,
bila dapat tahu,orang yg kita sangat sayang,
berjuang untuk hidup,
& kita tak ada disisi menemaninya.

Ana tahu & Ana sedar,
Insan2 yg hadir dalam hidup kita,
hanya pinjaman..
sampai masa Allah akan ambil semula.

Ana doa,
"Ya Allah,jgn Engkau uji diri ini melebihi tahap kemampuannya. Maka jika itu ketetapanMu. Kau ajarkan hati ini untuk redha akan qadak & qadarmu."

Hanya doa mampu dititipkan dari jauh,
Allah lihat pada usaha bukan pada result.

Allah janji,setiap kesusahan ada kemanisan.

Memang tak semua perlu dirahsiakan.
tp diri ini yang belum bersedia untuk berkongsi.

Kenapa?
tak percaya.
or i'm afraid somebody will hurt my feelings again. .

Ana belajar di sini.
Allah adalah sebaik2 tempat mengadu.
Jika kita mengharap pada manusia,kita akan hampa.
Jika kita letak seluruh pengharapan pada Allah,
Dialah yg maha Mengetahui

Sunday, 22 September 2013

Aku Ingin Jadi Duta

Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah yang ana kagumi dan ana ingin menjadi seperti beliau kerana pelbagai ciri beliau sangat berkaitan dengan hidup ana malah semua umat Islam. Jom kita kupas siapa Mus'ab bin Umair.

Sebelum memeluk Islam, beliau berperwatakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah.

Mus’ab juga adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik-adiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu, ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam.

Ibunya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Ibu Mus'ab juga tidak makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya. Tindakan ibunya,tidak melemahkan Mus'ab malah beliau membuat pelbagai usaha agar ibunya memeluk Islam tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Teguhnya iman Mus'ab (yg ana teringin sgt memilikinya), Mus'ab mampu berkata, “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”.

Ibunya pun mengusir Mus’ab dari rumah, maka tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.

kerana cinta kepada Allah dan Rasulullah, Mus'ab meninggalkan kekayaan dan kesenangan hidup.

Selepas itu,Mus'ab turut berhijrah ke Habysah. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin kurus kering dan berpakaian compang-camping lantaran penyeksaan Quraisy ke atasnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:, “Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah ditengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.


Mus’ab, adalah DUTA PERTAMA diutus oleh Nabi ke Madinah untuk berdakwah. Hasil dakwahnya, pada tahun tersebut 12 orang Madinah Masuk Islam dan bertemu dengan Nabi di Musim Haji untuk mengikat janji setia dengan Nabi (Perjanjian A’qabah 1). Pada tahun berikutnya 70 lagi orang Madinah masuk Islam dan datang ke Mekah di musim Haji untuk berjanji setia dengan Nabi (Perjanjian A’qabah 2). Kejayaan cemerlangnya inilah, pembuka jalan kepada Nabi dan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah.


Sewaktu terjadi peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam.
Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan "Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul".Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.






Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:

“Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.”


Sahabat,

Nampak tak hebatnya Mus'ab?
disaat hidup dipenuhi dengan kesenangan dan kasih sayang tak berbelah bahagi,
beliau memilih Allah dan Rasulullah berbanding ibunya. Pakaian yg mewah ditinggalkan yg akhirnya baju compang-camping dan tak sempurna itu dipilihnya.

Nampak tak hebatnya Mus'ab?
Dunia dan kehidupannya semata-mata utk Allah.
Beliau adalah duta pertama Islam.
yg kita tahu Dakwah itu bukannya mudah.

Ana? Kita?
Orang kritik sikit bila kita buat baik..terus rasa lemah?
Berkorban utk Islam susah?
Sanggup kahwin awal supaya tak posting di pedalaman?Parents dijadikan alasan utk tak datang program.

Allah jadikanla diri ini seperti Mus'ab, Dunia ini tidak menjejaskan imannya.


Rasa2nya,
ada lagi tak muslim hari ini yg mengorbankan segalanya utk mendapat redha Allah.
Berdoalah! Berusahalah! Semoga kita menjadi seperti Mus'ab bin Umair.

Pemuda yg teguh imannya.
Rasa kecintaan kepada Allah dan Rasulullah melebihi segala-galanya.


Jadi apa kaitan dengan ana mau jadi duta kan?

Alkisahnya,
Ana pergi sekolah orang asli pada 19 sept 2013 di hulu terengganu.

Keadaan pelajarnya mmg sangat daif dan menyedihkan.
Sehingga ana rasa,' aku ni di M'sia ka? mcm di Afrika jk'

Melihat mereka tak berkasut jalan di atas jalan tar.
Tak mampu mengeja dan masa depan yg tak pasti akan menjadi lebih baik atau tidak.

Siapa tak sedih?
Sedih..ini lagi bila mengetahui,

MEREKA MUSLIM!
MEREKA SAUDARA SEMUSLIM ANA!

Ana sibuk melihat saudara yg ditindas,tak terlihat yg ditindas di negara sendiri.
Ana hidup senang, mereka?

yg paling menyayat hati.
Mereka tak pandai mengeja. Mereka boleh baca Al-Quran tak?
Hidup mereka terbiar,mereka solat tak?

Kenapa tiada siapa yg kisah semua tu?
kerana kita lupa,kita bersaudara.

Ana ingin jadi duta,
walau ke mana ana pegi, ana ingin mereka lihat Islam.

Ana ingin jadi duta,
walau ke mana ana pergi, biar mereka merasai cinta Allah dan Rasul.

Islam tu untuk semua. Hakikatnya semua muslim itu bersaudara.

Ana ingin jadi duta seperti Mus'ab bin Umair.





Saturday, 14 September 2013

I Miss U like Crazy

Bismillah.
sirru ala barakatillah. .

Minggu ni minggu hura hara.
Diri ini tenggelam di dalam lautan rindu.

Persoalannya..
Siapa yg dirindu? Who?

Alkisahnya..

bermula perjalanan aku mencari si penakluk hati yg mewujudkan rasa rindu di hati ini.

Hanya Allah yg tahu betapa rasa kosongnya diri ini ketika itu.
but Allah knows the best.


So,aku mula sedar. .
Masalah hadir untuk diselesaikan.
Aku tak boleh terus lemah.

Pensyarah aku cakap..
Masalah tu..mcm 1 benda yg Allah campak pada kita.
sama ada kita mampu bersabar atau kalah dan lemah.

So,aku pun mengatur langkah.

1st. Call parents.

Wajah yg dikasihi itu,
Suara yg mengisi hari2ku (sblm merantau jauh).

Ya Allah,sungguh aku rindu.
Ingin sahaja aku terbang ke kampung halaman.

tunduk mencium tangan tua itu.
Memeluk tubuhnya erat.
menceritakan kisah hatiku yg lemah.
melenyapkan rasa rinduku dgn melihat senyuman tuanya.

Namun,
ku sedar..ada perjuangan yg mesti diteruskan.
cukupla sekadar mendengar suaranya melalui telefon,
sudah mampu membuatkan mata menumpahkan isinya,
mungkin sebaldi tak cukup utk menampung air mata.

Ya,
mengetahui mereka sentiasa menyokong diriku,
resah di dada semakin berkurangan.
Senyuman mula terukir.

Namun tidak lama,
ku terasa kosong kembali..

2nd step. .
I need someone to talk with.

Diri ini bukan mudah utk berkongsi cerita,
namun..
seperti rasa ini tidak tertanggung lagi.

Aku menginginkan,
dirinya memberi jiwaku makanan,
agar ku tak terasa kosong.

Aku mengharapkan,
bicaranya memberi sinar cahaya,
di hati ku yg gelap ini.

tiada siapa yg sempurna.
ujian lain pula yg melanda.

seorang sahabat menimbulkan persoalan,

seperti berjalan dengan baju koyak,
semua orang pandang kita.
Jadi awak nak terus berjalan x?

Yap.saya pilih untuk terus berjalan.

Dalam tempoh ini,aku tersedar,
hakikatnya kalau kita mengadu atau mengharap pada manusia,
ada kemungkinan kita akan kecewa. Jd pada siapa harus daku cari..
Jika manusia tak mampu mengisi kekosongan hati ini.

Pencarianku terjawab..

kepada Allah jualah,tempat aku mengadu,
merintih dan menagih kasih-Nya
Hati ini milik-Nya, jadi Allah lebih tahu apa yg berlaku terhadap hati ini.

Aku terlupa,
selama ini,jika aku rindu,
idea bahawa aku rindu parents atau kawan,
mendahului daripada berfikir bahawa
aku rindu Allah.

Mungkin..
aku tak pernah terfikir pun,
yg aku boleh rindu Allah.

Selama ni,
aku fikir Allah saja boleh rindu aku.
Tapi ya..aku boleh rindu Allah.

Betullah,iman aku hanya senipis kulit bawang.

Aku kata aku sayang Allah,
aku kata aku sayang Rasulullah.

tp bila di tanya,
b'sedia x jumpa Allah? bersedia tak mati?
Aku tak sedia,aku takut.

Bila ditanya,
aku mau x jumpa Rasulullah? Aku mau.
pernah doa,minta supaya dapat jumpa Rasulullah? pernah,tp seringkali lupa.

Itulah aku,manusia yg lemah dan lupa.
Jadi apa aku perlu buat?

Doa.
Doa agar Allah jaga hati kita.
Doa minta pada Allah untuk mengakis penyakit wahan yg menimpa hati kita.
Doa agar kita sentiasa merasa nikmat rindu pada Allah dan Rasulullah.

Doa. Jangan tunggu Allah bagi ujian baru mau doa.
Kesenangan dunia juga ujian,
takut kita terlena dengan kesenangan hingga tak sedar bahawa itu ujian Allah.

Allah suka kita meminta2 pada-Nya

Ya Allah,
sungguh aku hamba yang hina,
hanya layak menjadi bahan bakar api neraka,
namun aku tak sanggup ya Allah,

Ya Allah,
Engkau tahu segala isi hati ini,
Jgn Kau butakan mata hati ini,
Bimbingla hati ini di jalan yg lurus.

Ya Allah,
jauhilah hati ini dari penyakit hati,
lapangkan hati ini,
kikisla penyakit wahan di hati ini,
suburkanla rasa rindu kepada-Mu 
dan Rasulullah.

Ya Allah,
pupukla rasa sanggup mati untuk-Mu dalam hatiku,
lahirkan rasa rindu untuk bertemu dengan Mu.
Aku mohon agar aku istiqamah dalam jalan menuju redha-Mu.

Sunday, 1 September 2013

Hebat.Daebak.

Bismillah.
Alhamdulillah. Masih dapat menghirup udara secara percuma.
Masih dapat merasai nikmat Islam dan iman.
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Alkisahnya. .suatu hari. .

Usrah SuperHero

Ustaz Batman: Di kesempatan ini , ana sebagai naqib nak tegur ahli usrah superhero yang lain. Pertamanya enta Hulk, kamu tahu tak sabar itu sebahagian daripada iman, marah itu api padamkanlah ia dengan air, berwudhuklah selalu ! InshaAllah Allah akan sentiasa menjagamu.

Hulk: Baiklah Ustaz Batman. Saya akan cuba baiki diri saya yang cepat marah ni.

Ustaz Batman: Keduanya enta Superman , kita sebagai seorang muslim harus ada etika dan akhlak berpakaian, janganlah tunjukkan kepada dunia bahawa pakaian yang kamu pakai itu adalah pakaian seorang muslim, kerana etika pakaian haruslah mengikut garis panduan daripada quran dan hadis.

Superman: Baiklah ustaz, lepas ni ana akan amalkan memakai jubah dan tutup aurat dengan sempurna InshaAllah.

Ustaz Batman: Ketiganya enti Catwoman, ana sedih sangat dengan cara pakaian kamu, seorang muslimah seharusnya menjaga harga dirinya, tak perlulah pakai pakaian yang ketat t , enti ni sebagai superhero muslimah perlulah jadi uswatun hasanah pada perempuan yang lain.

Catwoman: InshaAllah lepas ni ana pakai jubah+Hand socks + Stokins + Tudung bidang 60.

Ustaz Batman: Seterusnya enta spiderman, anta ni selalu panjat tingkap rumah orang. Ana tahu tujuan enta baik sebenarnya tapi ana rasa tak elok enta pergi panjat rumah orang, takut nanti terlihat aurat orang kat dalam rumah nanti, satu lagi ana nak nasihat janganlah cari kesalahan orang lain, dalam surah hujurat ayat 12 Allah dah terangkan pasal ni.

Spiderman: Maafkan ana, inshaAllah lepas ni ana tak panjat rumah orang ana panjat pokok je. Mungkin jalan kaki je lebih baik.

Ustaz Batman : Akhir sekali enta The Flash. Jangan terlalu gopoh buat sesuatu perkara. Pantas itu memang penting tapi ingat, adab berjemaah jugak penting. Terlalu pantas bahaya tetapi terlalu lambat lagi bahaya. Bersederhanalah ye. Disebabkan enta pantas sangat, habis barangan dan harta awam rosak disebabkan kelajuan enta.

The Flash : Baiklah.. Ana akan lebih berhati-hati lepas ni.

Ustaz Batman : Dan kesimpulannya, antum semua buatlah sesuatu kerja tu dengan berpasukan. Muslimin muslimat juga perlu berganding tetapi ikhtilat dan hubungan perlu dijaga. Jangan terlalu emosi dan angkuh ketika bekerja. Ingatlah.. Semua tu kita buat kerana Allah. ""
Mungkin ada yg fikir..mana ada usrah macam ni.
itu sebab kita pandang remeh pada usrah.

Tapi sebenarnya..
Usrah tu tunjang tarbiyyah.
Kita jadi hebat bila kita ikut usrah.
malah lagi hebat dari Batman,Spiderman etc tu. .

Batman,spiderman etc cuma khayalan.
Kita yg hidup di dunia ni,yg nyata.
Kita jadi hebat bila kita mampu menahan nafsu,
bila kita mampu sabar dalam menegakkan agama Allah,
bila kita mampu ikhlaskan diri kita untuk Allah.

Macamana mau capai semua tu?

USRAH. .

Jadi ana ingin perkenalkan usrah ana yg comel2.
InshaAllah,serikandi agama yg akan menegakkan Islam di bumi yg tandus ini.

Semanis Cake Secret Recipe

Dekat Di Hati

Ya Allah,satukanlah hati-hati kami dalam mengapai redhaMu.

Monday, 26 August 2013

Love is Blind

Minggu ni sepatutnya disibukkan dengan membuat esaimen.
tp tengah2 sibuk ni,tak da idea plak.
tak tahu mau buat apa.

Perasaan atau pemikiran tak tahu mahu buat apa tu
lebih teruk daripada perasaan stress.
Stress ada penyelesaiannya,kalau kita tak tahu ni.
we do nothing-cecelia ahern cakap.

Jadi situasi ni buatkan ana flashback kisah lama.
Waktu zaman muda remaja. Tak matang lagi.
Kisah Cinta..yg mencabar diri ana sebagai seorang daie di muka bumi Allah ni.
Kisah Cinta. .yg m'buatkan ana rasa tak tahu mahu buat apa.


Tapi bukan kisah cinta ana,bestfriend ana yg punya.
Ana dah tanya boleh share tak benda ni dgn org lain & responnya sangat menggalakkan.

A-ana, I-kwn ana , H-kekasih kwn ana ,K-Kakak kwn ana ,U-guru kaunseling

Alkisahnya,

di suatu hari yg indah..

K : N(smbg sendiri). .kau tahu tak yg I tu dah couple dengan H.

A : tak tahu.Mungkin khabar angin jak tu.

Beberapa hari kemudian. .

I : N(sambg sndiri)..aku minta maaf banyak2 tau..sbnarnya aku dah couple dengan H tu..pertama aku ingat mau main-main jak,nak test dia tu iman kuat sangat ka tidak. (sebab H ni,orang kuat dalam persatuan berkaitan agama) Tp sekarang,aku dah ada hati pada dia..Aku sengaja sembunyi dari kau,sebab kalau tanya kau pun.Mesti kau tak bagi aku couple. Aku tahu kau tak bagi pun untuk kebaikan aku.Tp aku suka dia.

A : kau couple dgn dia? serious?jd betullah apa aku dgr.

I : kau marah ka? sorryla.

A : Aku tak marah kau tak bagitahu aku,kita pun tak selalu jumpa. Tapi kenapalah kau couple dengan dia. Kau pun tahu kan Couple tu haram..dia pun sepatutnya lagi tahu,Couple tu haram.

I : tp N(..), kalau kami jumpa pun ada kawan. Kalau aku tak bawa kawan perempuan aku,dia bawa kawan lelaki dia. Cubalah kau nasihatkan aku sikit.

A : sigh. .I,kau tahukan aku sayang kau..aku cakap awal2,aku tak suka apa kau buat ni. Kau jga yg cakap,couple tu buang masa. buang duit.tp yalah,mgkin aku juga akan diuji mcm kau. tp yakinlah dengan Janji Allah. .seorang lelaki yang baik,untuk perempuan yang baik.Skrg ni macam mau jak ku jumpa H tu,bagi bebelan sikit.

I : Sabar N(..).

A : Jd aku nak bgtau kau balikla..Couple tu haram. tak kiralah dia bawa teman ka ko bawa teman ke..tetap tak boleh. Sedangkan COUPLE ISLAMIK PUN HARAM. .

I : Aku tahu N(..) tp aku suka dia.

akhirnya,ana terdiam..sebab ana tak tahu mahu buat apa. Dua-dua dah faham..tapi tak sedar.

Tak sedar apa?
Tak sedar yang COUPLE TU HARAM,
hukum daripada Allah.
Walaupun, ana yg mention benda tu byk kali,tp hukum tu dri Allah bukan dari ana.
Adakah bermaksud,bila ana tak marah dia couple,Allah akan benarkan dia couple?

Ana merasainya,
kadang kita lebih pentingkan pandangan manusia daripada pandangan Allah terhadap diri kita.

Mungkin sebab kita tak sedar dan tak merasai yang kita ni hamba Allah?


Waktu pulang sekolah suatu hari. .

I : N(..) aku mau cakap sesuatu ni. .aku dgn H kan..mcm dah jauh..mmg la awal2 tu..dia bagi nasihat pada aku..itu ini..tp lama2.kami makin kerap dating.dulu bertiga. .sekarang berdua. .kadang tu apa kami buat makin jauh. .

A : Makin jauh dari siapa ?

I : Allah.

A : Maaf ckp.Apa yg kau buat tu I salah,jd bila benda salah kita mmg surela makin jauh dari Allah.

I : aku tahu N(..). sebab tula bila aku rasa jauh..rasa dah mengila..aku jumpa kau,minta nasihat kau..kalau boleh aku mahu selalu dengan kau..kau tahukan kawan sekelas aku tu bengong2 semua.

A : Aku ni pun I bukan baik betul. Aku rasa baik kau kurangkan dulu b'sms dengan dia tu.kurangkan call.

I : Aku tak kuat N(..).  . . . .aku. .

A : Betul ni? serious?? (nangis) Jadi apa gunanya kau minta nasihat aku..insaf skjap..tp masih buat benda yg sama. kau tahukan I,aku tetap ada dengan kau..tak kiralah kau betul ka salah aku tetap dengan kau.tp tak semestinya aku sokong apa yang kau buat. Aku tak boleh tolong kau,kalau kau tak tolong dirimu sendiri.

I : N(..) kenapa kau nangis? (muka hairan)

A : Allah.I. . benda yg kau buat tu jelas2 salah. .(. . .). .dan aku cuma.aku cuma tgk kau jatuh.aku tak buat apa2.

Ana tgk sahabat ana jatuh.
Tp ana tak tahu mahu buat apa.

kenapa?
SMS,nasihat dan waktu yg kami luangkan bersama tak mencukupi untuk membuka mata hati dia.
(atau ana suatu hari nanti)Nauzubillah. .

tak cukup?ka tak mahu berubah?atau hati tak terbuka lagi?

betullah.hati itu milik Allah.
Allah yg memberikan hidayah.
tp kita selalu menyia2kan hidayah.
dan Ana? Ana rasa ana bukan kawan yg baik.


Akhirnya,
kisah cinta ini. .sampai ke pengetahuan guru kaunseling.

U : N(..),sayang I tak?

A : sayang..

U : kalau begitu,cuba ceritakan apa yang N(..) tahu tentang kisah cinta dorg..jadi Umi boleh tolong. N(..) pun tahukan Kerahsiaan dalam PRS..dan I sendiri dah bgtahu.tp mungkin tak sebanyak dia bagitahu pd N(..)

A :ok Umi..bla.bla.bla. .

U : Ooo..bgtu. N(..) tahu kan cara terakhir untuk memberi pengajaran pada kawan kita ialah dengan memulaukan dia.

A : blank. .kenapa Umi?

U : kalau kita terus2an dgr apa dia ckp..biarkan dia buat apa yg salah tu. Dia akan fikir yang kita sokong dia. Jd dia masih ada keyakinan dengan apa yang dia buat dan dia akan terus buat. .N(..) dah nasihat,sms dan dah halang pun,tp dia tak berubahkan. Jd Umi rasa itu adalah cara terakhir agar dia sedar,yg dia salah.bila dia dah sedar,kwnlah dia balik..sebab kita tak pulaukan dia kerana dia tak sempurna. tp kita pulaukan dia,sebab nak sedarkan dia apa yg dia buat tu salah. Boleh terima?

A : umm..sy cuba usahakanlah Umi. .

sepanjang perjalanan..ana terfikir.
'Aku tak boleh buat begitu,aku tak mampu.
Aku kawan I. .I perlukan aku.
tp kalau tak buat begitu means aku TAK BUAT APA2?.
Tp kalau aku teruskan layan dia,means aku BERSUBAHAT dgn dia.
means aku DAPAT DOSA JUGA. Allah..'

Ceritanya panjang lagi.
Namun cukuplah tersimpan dalam memori ana,
dan dijadikan pedoman sebagai pendinding diri,
agar tak jatuh ke lubang yang sama..

secara Generalnya pengajaran di sini. .


Maaflah kalau tak bermanfaat langsung.
p/s: setiap muslim itu adalah Daie.

Friday, 23 August 2013

Makin dekat, Makin Jauh.


Apa benda yang makin dekat,makin jauh?

Jawapannya : Aku,Dia & Kekasihku

Alkisahnya. .

Bermula awal pagi,
aku jalan kaki ke kelas. .
dia pun jalan di sebelah aku,
kita dekat,
kadang kita bertiga,kadang kita berdua. 

Kita makin dekat,tp aku makin jauh dari Kekasihku !

Duduk dalam kelas,
Kerusi aku,sebelah kerusi dia sahaja,
siku tak bertemu siku lg,
tak da apapun,Cikgu mengajar kita belajar.

Kita makin dekat,tp aku makin jauh dari Kekasihku!

Ada masa kosong,bosan. .
Kita pun ambil gambar,
kadang berdua,kadang bertiga,kadang seramai-ramai yang boleh,
Jarak kita bergambar tu,tak yah kisahlah.
Gambar jerr pon. .

Kita makin dekat,tp aku makin jauh dari Kekasihku!

Kelas dah tamat,
kita pun pegi makan. .
kadang dia duduk sebelah kerusi aku,
kadang dia duduk berdepan kerusi aku,
mata bertentang mata. .
kita pun makan. .

Kita makin dekat,tp aku makin jauh dari Kekasihku!

Bila ada nak cakap,
aku cakap dekat dia,
siap ada hehe,hikhik,
kalau boleh hal yang penting terjadi dalam hidup aku,
aktiviti sehari ni pun,aku nak bagitahu dekat dia.

Kita makin dekat,tp aku makin jauh dari Kekasihku!

Kadang aku nak beli barang,
kita naik kereta sama,
kadang kita berdua,kadang kita bertiga.
Aku tak tahupun selama ni,kau tak boleh 1 kereta dengan aku,
walaupun ada 3 org perempuan dalam kereta tu,
kau hanya boleh 1 kereta dengan aku..
bilamana memang dah tak da orang yang tahu memandu,pd ketika itu,di tempat itu.

Kita makin dekat,tp aku makin jauh dari Kekasihku!

So, apa yang membuatkan kita makin dekat,tp aku makin jauh dari Kekasihku?
Fikir2kanlah. .



Aku : Mana kau tahu,aku makin dekat ke makin jauh dari Kekasihku? Aku still solat apa? Tutup aurat lengkap?

Bedah : Yalah, siapalah aku untuk menilai tahap mana hubungan kau dengan Allah. Kau lg baik dari aku, tp aku bertangunggjawab utk bagitahu kau & m'peringatkan diri aku jgak.Jd kita saling memperingati ttg benda ni. 

Bahawasanya,

Pergaulan antara lelaki & perempuan itu,hukum asalnya adalah HARAM.
Tetapi menjadi HARUS atas sebab2 tertentu.
Itupun,sewaktu kita berurusan,kita kena menjaga adab pergaulan. 
Jangan sampai ikhtilat kita,menjadi ikhtilat yang HARAM dibuat.



Ingat. .MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.
Buatlah benda baik sebanyak mana pun,tp bila cara kita salah,tetap salah.

Haq tetap haq,Batil tetap batil.

Contohnya,
Kita nak jadi penganjur untuk 1 event amal,benda baik dah,tolong orang.
Tp cara kita?Ada tak,sepanjang kita bergerak kerja untuk siapkan event tu..kita buat ikhtilat yang salah?

Kalau tak ada. .Alhamdulillah.

Kalau ada. .bukan nak jatuhkan hukum bhwa amalan kita tu tak diterima. 
Tp risaukan amalan kita tu susah diterima & kurang diberkati oleh Allah.
Kerana bila 1 perkara baik bercampur dengan maksiat,Dah tak molek dah,dah kurang kesempurnaannya.

Kenapa da tak sempurna?
Sebab benda salah yg kita buat,m'buatkan Allah tak redha.
Jd benda yg sehebat mana pun kita buat,kalau Allah tak redha.
benda tu hanya jadi SIA-SIA..hanya meninggal letih & menyebabkan stress.

Maksudnya di sini, kalau kita nak buat satu kerja tu buat sehabis baik,agar Allah terima.

Kenapa kita pentingkan redha Allah?kerana tujuan kita hidup adalah untuk mencari redha Allah.

Kenapa aku asyik2 cakap benda ni? Walhal,aku pun kadang tak terjaga juga ikhtilat? .
sebab aku nak kita saling memperingati. Aku sayang kau. Aku nak kita sama-sama ke syurga. 

Ingatkan aku kerana telinga yang mendengar lebih dekat dengan mulut yang bercakap.
Hari ini engkau diuji,esok-esok aku..

                                                                      -the end-

P/S: sesiapa yg x faham,ana minta maaflah. kalau salah tolong betulkan.Boleh terus pm ana. 
        Tulisan kali ni memang untuk menyentapkan hati2 orang yang membaca. Kalau rasa sentap lepas baca,    
         hati oklah tu. Kalau tak puas hati,boleh datang berdepan,lebih baik marah daripada pendam.

Tuesday, 20 August 2013

Me and Malaysia

Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

'Perumpamaan seorang mukmin dalam berkasih sayang dan saling mencintai adalah ibarat satu tubuh,
apabila salah satu anggota badan terasa sakit,maka seluruh tubuh akan berasakan benda yang sama.'

Namun,sejauh mana hadis ini dipraktikkan pada masa kini.
Apa perasaan kita bila mana saudara kita yang berada di Syria,Palestin ,Mesir etc..
sedang dibunuh sesuka hati?
dimusnahkan kediaman mereka,diseksa. .seakan-akan nyawa mereka begitu murah. 

Adakah mereka tidak layak untuk hidup?
Di mana keprihatinan kita?
Di mana kasih sayang kita sesama muslim?

Malaysia hari ini. .

Kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui kata,
Kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.

Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang,
Kamu berhimpun menuntut keadila dengan Al-Quran sebagai 'pedang'.

Ketika kami marah akan kecederaan Messi,
Kamu tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi.

Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona,
Rakyat dan media kamu bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana.

Ketika kami mempertahankan surau yang tiada jemaah,
Masjid kamu penuh, sehingga Medan dipenuhi khemah.

Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat,
Masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat.

Ketika isteri di sini dipukul hanya kerana suami yang bebal,
Anak isteri kamu di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal.

Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah,
Kamu di sana berdiri megah dan syahid di Medan Rabiatul Adawiyah.

Wahai Tuhan Kami selamatkan saudara seiman kami di Mesir sana
p/s : ana copy paste dari blog Najwa..hehe

Ana mengakui,ana turut tidak terlepas daripada menjadi tidak prihatin.
kerana disibukkan dengan urusan dunia dan kurangnya kesedaran ana.

Kenapa kita x prihatin?

Kita telah diselubungi dengan semangat kebangsaan dan ideologi2 spt sekularisme n liberalisme.

'itu x terjadi di negara kita,jadi lantakla. Alhamdulillah,Malaysia selamat dan aman.'
'Tulah kenapa nak tentang kerajaan,itulah padahnya.'
sedih mendengarkan dialog ini meniti dibibir seorang muslim.

Ini menunjukkan unsur2 di atas telah berjaya di tanam dalam diri kita. 
Oleh itu, kita tidak menangis melihat mayat saudara kita,melihat video mereka dibunuh.
Tidak marah dengan perbuatan pemimpin yang zalim dan tidak bertindak untuk membela nasib mereka.

Namun jangan biarkan diri kita berterusan tidak prihatin.

Lebih menyedihkan,bila kita menunjukkan keprihatinan kita,namun mendapat cemuhan dari muslim itu sendiri.
Contohnya, 
'Ala,engkau share itu share ini..nak tunjuk prihatin sangatla tu. jadi kami yang x share ni,x prihatin la ya. engkau mana tahu,aku doakan mereka apa,dalam doa aku,'
Apa masalah anda? Biarla org tu share..Itu usaha dia,anda teruskan berdoa,kerana doa anda begitu berharga n sangat diperlukan. Kalau anda x nak share x pa,tp jgn mengkritik benda baik yg org buat dan melemahkn semangat orang lain. 

Jadi solusinya. .
Ingat mereka dalam doamu.


Hafal Qunut Nazilah


Thursday, 15 August 2013

Salam Lebaran

Salam Eid Mubarak
yang jatuh pada 8 Ogos 2013.

TaqabalAllahu minna waminkum.
Kullu a'm wa antum bikhair.

Maaf Zahir dan Batin


Alhamdulillah. Raya kali ana selamat menyambutnya bersama keluarga tercinta.
Dalam sibuk membuat persiapan raya,esok pagi mau balik kampung dah..ana terbaca 1 post fb sahabat ni.

Ana pun sentap..Why?
Masuk Ramadan..kita buat persiapan-pastikan ada makanan utk sahur etc.
Mencari Al-Qadr. .bunyikan alarm etc.
Masuk Aidilfitri..kita pun sibuk persiapan jga..tp siapkan baju raya,kuih raya,langsir dah pasang ke belum. .
Walhal sunnah Rasulullah s.a.w dalam menyambut lebaran kurang diberi perhatian.
Alhamdulillah.itu teguran buat ana.Jadi ana kongsikan sedikit..


Sunnah Pada 1 Syawal :



1)  Mandi sunat hari raya.

2)  Pakai pakaian terbaik yang kita ada.

3)  Pakai wangi-wangian (sunat bagi lelaki)

4)  Makan dahulu sebelum ke masjid. (menandakan kita tidak lagi wajib berpuasa di siang hari).

5)  Dalam perjalanan, bertemu saudara. Ucap: 'Semoga Allah menerima amalku dan amalmu'.

6)  Banyakkan bertakbir,bertasbih dan bertahmid.

7)  Jalan ke masjid ikut arah yang lain dan pulang ikut arah yang lain.( agar dpt bertemu ramai lagi saudara ).

Selepas tu..
bolehlah mula menziarahi dari rumah ke rumah.
Dalam sibuk beraya ingatlah saudara kita yang berada di Mesir,Syria etc. .

so. .

Raya kali ni.


Ana solat raya dekat kampung.
Ya. Masjid yang sama,tp dah bertambah besar & binaan batu bukan kayu lagi.
Tempat yang sama,tp kawasan dah makin luas & mudah parking kereta.
Keluarga yang sama,tp makin meningkat usia.
Ana tetap ana yang sama,tp adakah ana b'ubah? Makin matang? Makin beriman? Ramadan makin baik?
atau makin riak.makin jauh.makin lemah.

Raya kali ni. .


terasa perubahannya.
Anak buah lagi besar dari ana.
Sepupu yang bujang dah kahwin & ada anak.
Mak cik & Pak cik dah bertambah anak.

Alkisahnya. .

Ana  : Duit raya? ( x malu dah,dari kecil dia jaga ana )

Pak cik : x payahla,x lama lagi bukan kau lagi yang dapat duit raya..kau pulak yang bagi duit raya
              (sebab dah boleh kawin) .

Ana  : Sentap la pla.

'X DAPAT DUIT RAYA' & 'BAGI DUIT RAYA'

yap.semua orang makin hari makin membesar,makin banyak tangunggjawab.
Ayat ni membuatkan ana ingat hidup ini singkat.
Semua berlalu dengan pantas.

Semua berubah,tp Allah tidak.
Janji kita pada Allah tetap sama.
Cinta Rasulullah pada kita tetap sama.

yang berbezanya adalah kita,
membezakan kita adalah iman & takwa,
amalan kita berbeza.

Suka ana menitipkan kata-kata yang tergiang2 di ingatan berkaitan singkatnya dunia ini

'Dunia ini hanya persinggahan,tiba masanya..kita akan dipanggil semula.Di sanalah yang hakiki.'

'Anggaplah dunia ini seperti sejadah,di mana tempat kita beramal ibadah.'

Ayuh sahabat. Jangan terbuai dengan arus dunia terutama di Aidilfitri ini.
Teruskan amalan kita sewaktu Ramadan.
Jangan jadi hamba Ramadan,tp jadilah hamba Allah.

Bersesuaian dengan Aidilfitri,
Kembali kepada FITRAH.

FITRAH kita. .
Hamba yang mengakui adanya Allah.

P/S : Maaf kepada yang mengenali diri ini..tiada kad raya mahupun mesej..line Celcom x baik.Hp x m'izinkan ana..