Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah yang ana kagumi dan ana ingin menjadi seperti beliau kerana pelbagai ciri beliau sangat berkaitan dengan hidup ana malah semua umat Islam. Jom kita kupas siapa Mus'ab bin Umair.
Sebelum memeluk Islam, beliau berperwatakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah.
Mus’ab juga adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik-adiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu, ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam.
Ibunya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Ibu Mus'ab juga tidak makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya. Tindakan ibunya,tidak melemahkan Mus'ab malah beliau membuat pelbagai usaha agar ibunya memeluk Islam tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.
Teguhnya iman Mus'ab (yg ana teringin sgt memilikinya), Mus'ab mampu berkata, “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”.
Ibunya pun mengusir Mus’ab dari rumah, maka tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.
kerana cinta kepada Allah dan Rasulullah, Mus'ab meninggalkan kekayaan dan kesenangan hidup.
Selepas itu,Mus'ab turut berhijrah ke Habysah. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin kurus kering dan berpakaian compang-camping lantaran penyeksaan Quraisy ke atasnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:, “Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah ditengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.
Mus’ab, adalah DUTA PERTAMA diutus oleh Nabi ke Madinah untuk berdakwah. Hasil dakwahnya, pada tahun tersebut 12 orang Madinah Masuk Islam dan bertemu dengan Nabi di Musim Haji untuk mengikat janji setia dengan Nabi (Perjanjian A’qabah 1). Pada tahun berikutnya 70 lagi orang Madinah masuk Islam dan datang ke Mekah di musim Haji untuk berjanji setia dengan Nabi (Perjanjian A’qabah 2). Kejayaan cemerlangnya inilah, pembuka jalan kepada Nabi dan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah.
Sewaktu terjadi peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam.
Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan "Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul".Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.
Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:
“Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.”
Sahabat,
Nampak tak hebatnya Mus'ab?
disaat hidup dipenuhi dengan kesenangan dan kasih sayang tak berbelah bahagi,
beliau memilih Allah dan Rasulullah berbanding ibunya. Pakaian yg mewah ditinggalkan yg akhirnya baju compang-camping dan tak sempurna itu dipilihnya.
Nampak tak hebatnya Mus'ab?
Dunia dan kehidupannya semata-mata utk Allah.
Beliau adalah duta pertama Islam.
yg kita tahu Dakwah itu bukannya mudah.
Ana? Kita?
Orang kritik sikit bila kita buat baik..terus rasa lemah?
Berkorban utk Islam susah?
Sanggup kahwin awal supaya tak posting di pedalaman?Parents dijadikan alasan utk tak datang program.
Allah jadikanla diri ini seperti Mus'ab, Dunia ini tidak menjejaskan imannya.
Rasa2nya,
ada lagi tak muslim hari ini yg mengorbankan segalanya utk mendapat redha Allah.
Berdoalah! Berusahalah! Semoga kita menjadi seperti Mus'ab bin Umair.
Pemuda yg teguh imannya.
Rasa kecintaan kepada Allah dan Rasulullah melebihi segala-galanya.
Jadi apa kaitan dengan ana mau jadi duta kan?
Alkisahnya,
Ana pergi sekolah orang asli pada 19 sept 2013 di hulu terengganu.
Keadaan pelajarnya mmg sangat daif dan menyedihkan.
Sehingga ana rasa,' aku ni di M'sia ka? mcm di Afrika jk'
Melihat mereka tak berkasut jalan di atas jalan tar.
Tak mampu mengeja dan masa depan yg tak pasti akan menjadi lebih baik atau tidak.
Siapa tak sedih?
Sedih..ini lagi bila mengetahui,
MEREKA MUSLIM!
MEREKA SAUDARA SEMUSLIM ANA!
Ana sibuk melihat saudara yg ditindas,tak terlihat yg ditindas di negara sendiri.
Ana hidup senang, mereka?
yg paling menyayat hati.
Mereka tak pandai mengeja. Mereka boleh baca Al-Quran tak?
Hidup mereka terbiar,mereka solat tak?
Kenapa tiada siapa yg kisah semua tu?
kerana kita lupa,kita bersaudara.
Ana ingin jadi duta,
walau ke mana ana pegi, ana ingin mereka lihat Islam.
Ana ingin jadi duta,
walau ke mana ana pergi, biar mereka merasai cinta Allah dan Rasul.
Islam tu untuk semua. Hakikatnya semua muslim itu bersaudara.
Ana ingin jadi duta seperti Mus'ab bin Umair.
No comments:
Post a Comment