Sunday, 21 July 2013

Ramadan Bulan Barakah

May Allah Blessed U. .

Hari ni adalah 12 Ramadan 1434H. .
beberapa minit lagi,sebaik shaja azan maghrib berkumandang..
kita beralih pula ke hari 13 Ramadan.

Begitu pantas masa berlalu,
semakin hampir Ramadan bakal meninggalkan kita.

Sebagai seorang pelajar di perantauan,
Akhir Ramadan membuahkn 2 perasaan,
gembira-Syawal menjelma,kita akan pulang ke kampung halaman.
pada masa yang sama sedih juga 
sebab mungkinkah kita akan  bertemu semula dengan Ramadan akan datang.

Jadi sebelum terlambat..
Jom kita meriahkan Ramadan.
Walaupun kelihatan..masjid2 semakin berkurangan bilangan jemaah terawikhnya.

di pertenghan Ramadan ni..
suka ana ingin mengingati kembali beberapa perkara,
agar Ramadan kali ini lebih bermakna.

First, kenapa kita wajib berpuasa?

Jawapannya..atas perintah Allah. Hidup kita ini tujuannya utk meraih Redha Allah & beribadah kepada-Nya. Jadi bila Allah suruh jangan main-main tau. .

Puasa2 jga,kena tahu kenapa kita puasa. Tahu dalil puasa? ka sebab dari kecil seluruh keturunan berpuasa di bulan Ramadan maka kita pun berpuasa.

Oklah. Dalilnya dalam Surah Al-Baqarah,ayat 183.

Maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." ( lepas baca ni,cek tafsir..manatau tak betul).

Second, Kita berpuasa ni berapa lama?

Mungkin ada yang jawab dalam hati. .
Soalan kacang kot, budak kecil pun tahu..kita puasa selama sebulan. .

Tapi untuk lebih spesifiknya lagi. .
Bulan Ramadan ni ada 3 fasa.

Fasa 1 : Rahmat ( 1-10 Ramadan )


Fasa 2 : Pengampunan ( 11-20 Ramadan )


Fasa 3 : Terhindar daripada azab neraka ( 21-30 Ramadan)
p/s : kalau salah tolong betulkan.. n picture ni ana ambil dari affanruslan.com.

 Thirdly, Apa yang kita perlu buat di bulan ni?

Jawapannya ada dalam gambar di bawah..
tetapi dalam gambar tu hanya sedikit sebenarnya banyak lagi..
semua perbuatan kita tu adalah ibadah jika kita niatkan ikhlas kerana Allah SWT.


ok. sebelum post kali ni the end..ana mau berkongsi satu kisah,ana dengar sewaktu program KULTUM (kuliah 7 minit selepas solat zohor di surau IPG ni)

Ustaz : Bulan puasa ni,ustaz galakkan para siswa guru untuk boros..Boroslahh..
Ana : Huhhh???Boros boleh?yeayy. .(dlm hati)

Ustaz : ustaz tak maksudkan boros duit di bazaar Ramadan..tapi boros kan masa anda..boros sehabis yang mungkin.
Ana: Boros masa tu macamana??(dlm hati)

Ustaz : Boroskan masa anda utk beribadah..ada masa free terus..baca Quran,solat sunat,zikir atau apapun ibadah yang sempat kamu lakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.Tak kiralah baca buku ka.itupun ibadah.
Ana : sentap. .

Ustaz : ok.Faham?..boros yang satu ni kita tak kan rugi.
Ana   : ok..jom boros..sementara stok masa masih ada. .hehe

Salam Ramadan. Selamat berpuasa.Selamat berbuka puasa. Semoga Allah terima amalan dan puasa kita. 

3 comments:

  1. cantikla kartun2 tu. apapun, entri baik. ada pengisian yg menarik. ^_^

    ReplyDelete
  2. bha..syukran.
    fatma..ana ambil dari Kiah (Atikah Rosnan)

    ReplyDelete