Monday, 20 January 2014

Sungguh Aku Rindu

Assalam..
Salam Maulidur Rasul..

 صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
 صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّ

Ibn Al Amr satu ketika dahulu seorang yang sentiasa membangkangi Rasulullah di saat jahiliyah masih membelenggu dirinya. Bilamana Rasulullah menyampaikan dakwah di Mekkah, dia antara orang yang akan bangun dan melawan.

Namun, tatkala peristiwa Hijrah, bersama dengan Khalid Al Walid, mereka mendatangi Rasulullah dan mengakui bahawa Allah itu Tuhan Yang Satu dan Muhammad itu adalah utusan Allah. Bermulalah liku-liku perjalanan seorang insan yang kembali kepada fitrah asalnya.

Dikala mereka mendatangi Rasulullah demi mengungkap bait2 syahadah yang suci, mereka di sambut dengan senyuman Rasulullah bak sang kekasih yang sedang menanti pujaan hatinya. Mereka diterima oleh Rasulullah bak perindu yang sudah berkurun merindui.

Terdetik di hati Al Amr bahawa Rasulullah sangat mencintai dirinya berbanding sahabat-sahabat yang lain. Namun, demi menginginkan satu kepastian, Al Amr lantas bertanya kepada Rasulullah.

"Ya Rasulullah, siapakan orang yang paling kau cintai?"

"Aisyah". Jawab Rasulullah sambil tersenyum.

"Maksud aku...siapakah yang paling kau cintai...dikalangan laki-laki?"

"Ayahnya Aisyah". Senyuman masih terukir di bibir Rasulullah.

"Siapa lagi Ya Rasulullah?"

"Umar Al Khatab"

"Lagi?"

"Uthman"

Al Amr tidak sanggup untuk terus bertanya kerana takutkan namanya di sebut di akhir sekali. Berfikir dan terus berfikir mengapa namanya tidak disebut. Dan akhirnya, jawapan ditemui.

Indahnya peribadi Rasulullah. Personanya ukhwah yang Rasulullah bentangkan. Di saat baginda bersama dengan sahabat-sahabat, baginda mampu membuatkan para sahabat rasa dikasihi. Baginda mampu membuatkan para sahabat rasa dicintai. Baginda mampu membuatkan para sahabat rasa dirindui.

Dan di ketika ini, di saat baginda tiada lagi di bumi, masih terasa kasih sayang baginda, masih terasa kerinduan baginda, dan masih terasa rasa cinta baginda.

( Dalam Dakapan Ukhuwah, Salim A.Fillah )






Ya. Dalam kesibukan Pilihan Raya Kampus..masalah hati,masalah kos sara hidup yg tinggi. .


Ambil masa sekejap..
tercari-cari. .

Apa maknanya Rabiulawwal ni pd aku?
No clue. No idea. .


Cahaya menyinari apabila
mendengar bicara ini


Kalau cintakan Allah, kena cintakan Al-Quran,
Kalau cintakan Al-Quran, kena cintakan Rasulullah,
Kalau cintakan Rasulullah, kena buat dan ikut sunnah Rasulullah..


Macamana mahu buat semua tu?
Kenal Allah. Kenal Rasulullah.

Macamana mahu kenal?
Cari ilmu.



if we really do love Allah & Rasulullah, we will find time to learn about Allah & Rasulullah.


In the middle of the night,
I come out with this..

Awan menurunkan hujan,
dihari barakah ini,
selawat meniti dibibir-bibir insan,
ntah melekat atau tidak pada hati.


aku terus mencari makna hari ini pada diriku,
alangkah ruginya jika sibuk menyambut maulud,
namun seruannya tidak aku ikuti,
berbezakah aku dari abu jahal?


Belum terlambat rasanya,
aku bulatkan tekad,
berusaha untuk mengenali,
insan yang dirindui dan merindui.


Harapanku,
moga rindu ini tidak berhenti di sini,
biar terus bercambah dan semakin kuat,
seperti orang yang dahaga,
mengimpikan air minuman.


Lastly,

Jom sama2 doa..moga di dunia yg kekal abadi kita dapat bertemu..
Sungguh aku rindu Rasulullah s.a.w..


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّ

No comments:

Post a Comment