Wednesday, 29 January 2014

Bahasa Hati

Assalam..

This few days..
our famous topic is about love.

If someone ask me,
what love means?

I don't have the answer.

I think..
Life itself is a journey to find what love means.

Perjalanan mencari cinta hakiki.


Tidak berani mahu berbicara ttg cinta berlainan jenis..
Cuma ana titipkan nasihat dari

Tentang Cinta-Pahrol Mohd Juoi

Jangan dibawa berbicara 3 golongan manusia:
1) Orang yg sedang LAPAR. (kena diri)
2) Orang yg sedang SAKIT.
3) Orang yg sedang MABUK CINTA.

Cinta itu Fitrah
Fitrah perlukan Hidayah
Jika tidak, Fitrah akan jadi Fitnah.

Cinta yg dicari adalah baik,
tetapi cinta yg didapati tanpa dicari adalah lebih baik.

untuk bahagia,
cintailah sesiapa yang mencintai anda,
bukan sesiapa yg anda cintai.

Cinta kalau bahasanya hati. . .itulah cinta hakiki
kasih jika dasarnya Rabbi. . .itulah kasih sejati.

Kita tak boleh mencintai orang lain
sebelum mencintai diri sendiri.

Kita tak boleh mencintai diri sendiri
sebelum mencintai Allah!

Cinta umpama hadiah drpd Allah.
Wajarkah hadiah lebih dicintai daripada pemberi hadiah?



Ya Allah berikanlah cinta-Mu kepadaku

jadikanlah orang yg mencintai-Mu mencintai aku

dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu 

yg membawa kepada kecintaan-Mu.

Monday, 20 January 2014

Sungguh Aku Rindu

Assalam..
Salam Maulidur Rasul..

 صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
 صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّ

Ibn Al Amr satu ketika dahulu seorang yang sentiasa membangkangi Rasulullah di saat jahiliyah masih membelenggu dirinya. Bilamana Rasulullah menyampaikan dakwah di Mekkah, dia antara orang yang akan bangun dan melawan.

Namun, tatkala peristiwa Hijrah, bersama dengan Khalid Al Walid, mereka mendatangi Rasulullah dan mengakui bahawa Allah itu Tuhan Yang Satu dan Muhammad itu adalah utusan Allah. Bermulalah liku-liku perjalanan seorang insan yang kembali kepada fitrah asalnya.

Dikala mereka mendatangi Rasulullah demi mengungkap bait2 syahadah yang suci, mereka di sambut dengan senyuman Rasulullah bak sang kekasih yang sedang menanti pujaan hatinya. Mereka diterima oleh Rasulullah bak perindu yang sudah berkurun merindui.

Terdetik di hati Al Amr bahawa Rasulullah sangat mencintai dirinya berbanding sahabat-sahabat yang lain. Namun, demi menginginkan satu kepastian, Al Amr lantas bertanya kepada Rasulullah.

"Ya Rasulullah, siapakan orang yang paling kau cintai?"

"Aisyah". Jawab Rasulullah sambil tersenyum.

"Maksud aku...siapakah yang paling kau cintai...dikalangan laki-laki?"

"Ayahnya Aisyah". Senyuman masih terukir di bibir Rasulullah.

"Siapa lagi Ya Rasulullah?"

"Umar Al Khatab"

"Lagi?"

"Uthman"

Al Amr tidak sanggup untuk terus bertanya kerana takutkan namanya di sebut di akhir sekali. Berfikir dan terus berfikir mengapa namanya tidak disebut. Dan akhirnya, jawapan ditemui.

Indahnya peribadi Rasulullah. Personanya ukhwah yang Rasulullah bentangkan. Di saat baginda bersama dengan sahabat-sahabat, baginda mampu membuatkan para sahabat rasa dikasihi. Baginda mampu membuatkan para sahabat rasa dicintai. Baginda mampu membuatkan para sahabat rasa dirindui.

Dan di ketika ini, di saat baginda tiada lagi di bumi, masih terasa kasih sayang baginda, masih terasa kerinduan baginda, dan masih terasa rasa cinta baginda.

( Dalam Dakapan Ukhuwah, Salim A.Fillah )






Ya. Dalam kesibukan Pilihan Raya Kampus..masalah hati,masalah kos sara hidup yg tinggi. .


Ambil masa sekejap..
tercari-cari. .

Apa maknanya Rabiulawwal ni pd aku?
No clue. No idea. .


Cahaya menyinari apabila
mendengar bicara ini


Kalau cintakan Allah, kena cintakan Al-Quran,
Kalau cintakan Al-Quran, kena cintakan Rasulullah,
Kalau cintakan Rasulullah, kena buat dan ikut sunnah Rasulullah..


Macamana mahu buat semua tu?
Kenal Allah. Kenal Rasulullah.

Macamana mahu kenal?
Cari ilmu.



if we really do love Allah & Rasulullah, we will find time to learn about Allah & Rasulullah.


In the middle of the night,
I come out with this..

Awan menurunkan hujan,
dihari barakah ini,
selawat meniti dibibir-bibir insan,
ntah melekat atau tidak pada hati.


aku terus mencari makna hari ini pada diriku,
alangkah ruginya jika sibuk menyambut maulud,
namun seruannya tidak aku ikuti,
berbezakah aku dari abu jahal?


Belum terlambat rasanya,
aku bulatkan tekad,
berusaha untuk mengenali,
insan yang dirindui dan merindui.


Harapanku,
moga rindu ini tidak berhenti di sini,
biar terus bercambah dan semakin kuat,
seperti orang yang dahaga,
mengimpikan air minuman.


Lastly,

Jom sama2 doa..moga di dunia yg kekal abadi kita dapat bertemu..
Sungguh aku rindu Rasulullah s.a.w..


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّ

Tuesday, 7 January 2014

Orang Baru


Bismillah.
Salam azam baru.

Selamat kembali ke alam persekolahan.

Setelah beberapa hari memulakan kuliah,masuk semula dalam kehidupan di asrama..

ana terfikir,
..tahun ni banyak dah berubah,adik ambil SPM etc . .
ana makin tua. .

dihebohkan dengan khabaran kononnya tsunami bakal melanda
dan akan menghancurkan bumi Sabah
ditambah lagi dengan beberapa berita sedih dari 3 orang sahabat
yg kehilangan ayah,ibu dan senior seperjuangan..

Mahu percaya atau tidak,
Memang ya..mati tu bila-bila masa dan ketika.
Every second is precious.


Jujur perasaan takut untuk mati tu ada dalam diri.
Penyakit wahan yg menghinggapi hati ana umat akhir zaman.

Memikirkan soal mati..
pelbagai persoalan timbul..

Kalau aku mati, masuk neraka ka syurga?
kalau syurga..apa aku dah buat?

Kalau aku mati, aku akan bersendirian..
dapat lg ka ya jumpa family aku?

Sedih dan takut untuk memikirkan segala kemungkinan..
Tapi kena fikir jgk,tak boleh lari..

Memilih lari daripada memikirkan ttg mati dan kehidupan di dunia abadi
samalah ertinya dengan  memilih untuk terus terleka dengan kesenangan dunia yg fana ini.


 Diteruskan cerita. .

Seorang kakak yg bermata cantik pernah cakap dengan ana
'Allah akan terus menguji kita dengan perkara yg sama sehinggalah kita berjaya melepasi ujian tersebut. Ujian itulah yg akan menentukan level mana iman kita'

berfikir lagi..
..Apa ujian yg Allah bg aku?

Yalah..macam main candy crush.
macam jawab soalan exam..
bila kita tahu di mana kita salah..
baru kita boleh betulkan.
Baru boleh lulus ujian.

satu perubahan dalam diri kita,
menunjukkan kita telah melangkah satu tapak kehadapan
dalam meraih redha Allah.

Ana pun muhasabah diri.

Tahun lepas. .aku balik Tawau,aku buat ...etc
Tahun ni..balik Tawau..aku buat..etc

Jom sahabat kita muhasabah diri semula,
dalam perjalanan menuju akhirat ni..
perjalanan kita di dunia..sudah di tahap mana?

Masih dipermulaan? di tengah-tengah?
atau tidak bergerak langsung?
Masih diuji dengan perkara yg sama?

Renungkanlah. .




tak habis lagi. .

Pada waktu cuti tu,
I'm so touch with this lyrics. .

" I'm sorry I am still thinking of you for still loving you. .
  Because I won't be able to completely let go of you in the end. "

jiwang kan?hehe
pertama kali pun..ana fikir bgtu.
tp bila tgk post sahabat ni. .

"Sekurang-kurangnya biarlah setiap hari yg kita lalui itu 
dengan hilangnya kejahilan dalam diri kita..
Bukanlah dengan bertambahnya kejahilan yg baru dalam diri kita.."

ana sentap . .

Macamana mau hilangkan kejahilan dalam diri?
apa yg aku dah buat utk berubah?

. . . . . .
. . . . ..

macam tak da jk.

Kenapa? Why?

Jawapannya,ada dalam lirik tu:

I am still thinking of you for still loving you
ana masih memikirkan utk buat maksiat.
Masih suka buat maksiat,tak takut dengan kemurkaan Allah..

Because I won't be able to completely let go of you in the end. "
Akhirnya..ana akan terus-terusan tenggelam dalam lembah maksiat,
kerana tak berani dan tak bersungguh untuk berubah.

Menangis bila mengetahui kejahilan dan kesalahan kita
hanya menjadi sia-sia kalau kita tak berubah.

Tidak memilih untuk melangkah setapak ke hadapan
dan meninggalkan maksiat yg dahulu sering kita lakukan.

Jom jadi orang yg baru !
dengan azam baru.
dengan doa kita sentiasa istiqamah
dalam bermujahadah.


Last words. .

Bahagia sentiasa ada kerana Allah sentiasa ada.
Kita akan sentiasa bahagia bila kita bersama Allah.
tp masa tak akan kekal,ia akan pergi meninggalkan kita.

Pilihla..
melangkah setapak ke depan dan merasa sakitnya mujahadah.

atau
bahagia dan gembira dlam kejahilan sehingga expired date kita tiba.

seperti slogan senior ana yg telah pergi,
Infiru!! Berangkatla!!
Sedekahkan al-fatihah utknya. Al-Fatihah.