Assalamualaikum. .
Alhamdulillah. Selamat sampai ke bumi tarbiyyah, Tawau,Sabah.
Selepas detik2 yg mendebarkan..menanti khabar dari jauh, sementara menunggu naik flight.
I keep wondering about this
Ada orang. . perkataannya menimbulkan kemarahan,
Ada juga bila berkata, orang rasa terhina,
Ada orang. . perkataannya membuatkan orang sedih,
Bait perkataannya membuatkn orang rendah diri.
Dan sebaik2 orang yg berkata,
ialah perkataan yg mampu membuka mata hati,
yg memberikan inspirasi.
Untungla org yg pandai berkata2,
tambahan kata2nya mampu menjadi pedoman pada orang lain.
Bila menilai diri semula..
terasa jauh dari kenyataan tersebut.
Jangan dilupa,
hidup ni adalah ujian.
Orang yg bijak menutur kata,
mahupun tidak.
Allah tetap akan uji apa yg kita katakan.
Dalam Surah As-Saff: 2-3
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!"..
"Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
Allah. Takutla pada Allah,jika kamu tak buat apa yg telah kamu katakan. .
Sampai satu tahap di suatu tempat..
ana tefikir. .
Ini semua retorik!!
tp apa tu retorik?
Retorik ialah pujukan,penerangan,penghujahan,pendedahan dan penceritaan.
Penceritaan ok. .
apa tu cerita? sesuatu yg kita bgtau..tp belum tentu betul..belum tentu kita buat.
Faham?
Contohnya. .
Kita suruh adik2 kita nyanyi lagu Negaraku dgn penuh semangat. .
tp realitinya, sampai waktu kita yg kena nyanyi lagu tu..
kita nyanyi mcm org yg tak pernah hafal lagu tu. .
Nampak tak retoriknya di situ.
Persoalannya. .Siapa yg retorik??
Kita?
Aku.Saya.Ana.
Sibuk cakap tunaikan solat di awal waktu,solat berjemaah..
tp bila mengejar waktu..
kita kena solat..dlm 5 min? 6 min?
maka solatnya,
tunggang tebalik.tunggang tebalik.yg penting siap..
tp . .Kita hayati tak?
Walhal di waktu kita sedang sibuk,
Solat lah..waktu utk kita rehat,
waktu untuk kita berhubung dengan Allah.
Allahurabbi. .
Sibuk cakap Ukhuwah Fillah Abadan abada. .
tp bila kawan nampak pelik sikit,post benda yg luar jangkauan sikit,
Ada kita tanya sebab dia jadi bgtu?
atau kita terus menghukum?
Bila kawan cakap.. A.
tak. B betul. aku betul..kau kena buat macam ni.
Aku ada ilmu..pengalaman aku banyak.
Mana rukun ukhuwah kita?
berbaik sangka?
berlapang dada?
Melebihkan sahabat?
Rasanya..kalau nak disenaraikan..
terlalu banyak retoriknya saya.
Bila seorang sahabat tanya,
enti siapa?
PELAKON AGAMA.
Sedih.
bukan sedih atas statement tu.
Sedih,
kerana walaupun pahit.
ya mmg betul..
bagaikan terbangun dari tidur yang panjang..
hati berbisik..ya.
saya.ana.aku
seorang PELAKON AGAMA.
tapi semuanya belum berakhir..
cukup.cukupla tidur.
cukuplah 20 tahun telah disia2kan.
menjadi robot di dunia,
berangan-angan kosong,
bangunlah. sedarlah.
Kekuatan adalah pada amal, bukan retorik bermain kata.
Kekuatan
adalah pada amal, bukan retorik bermain kata. - See more at:
http://saifulislam.com/2013/10/antara-kekuatan-amal-dan-retorik-kata/#sthash.xGoZX7Tc.dpuf
Gengamlah kebaikan dengan istiqamah.Solusinya..
ana mau menceritakn semula tentang seorang tokoh yg bernama
Al-Hassan Al-Basri
Beliau hanya hidup selama 80 tahun.
Namun sepanjang tempoh usia itu,
beliau berjaya mengisi dunia ini dengan limpahan ilmu,hikmah & ilmu fikahnya.
Warisan yg ditinggalkan itu untuk generasi selepasnya,
seolah-olah beliau hidup sehingga kini mengajarkan ilmunya.
Al-Hassan Al-Basri
mampu membuktikan kata2nya bukan retorik semata2.
Bagaimana?
Setiap yg diucapnya pasti selari dengan perbuatannya.
Apabila beliau mengajak kepada kebaikan,
beliau adalah orang pertama melakukannya.
apabila beliau melarang melakukan kejahatan,
beliau adalah orang pertama meninggalkannya.
Kesimpulannya,
Jalan menuju Allah tu bukannya mudah.
Memerlukan kesungguhan dan pengorbanan,
Jangan berhenti,
Jangan bersendiri,
Kita nak sama2 masuk syurga.
Marilah kita berpimpin tangan,meredah arus dunia.
Mujahadah itu pahit sebab syurga itu manis.
Derita itu manis.
p/s: maaf pada yg terasa. bukan hendak menuding jari. .lebih kepada muhasabah diri.
Kekuatan
adalah pada amal, bukan retorik bermain kata. - See more at:
http://saifulislam.com/2013/10/antara-kekuatan-amal-dan-retorik-kata/#sthash.xGoZX7Tc.dpuf
Kekuatan
adalah pada amal, bukan retorik bermain kata. - See more at:
http://saifulislam.com/2013/10/antara-kekuatan-amal-dan-retorik-kata/#sthash.xGoZX7Tc.dpuf
Kekuatan
adalah pada amal, bukan retorik bermain kata. - See more at:
http://saifulislam.com/2013/10/antara-kekuatan-amal-dan-retorik-kata/#sthash.xGoZX7Tc.dpuf
Kekuatan
adalah pada amal, bukan retorik bermain kata. - See more at:
http://saifulislam.com/2013/10/antara-kekuatan-amal-dan-retorik-kata/#sthash.xGoZX7Tc.dpuf
syukran dik :)
ReplyDeletepengisian sgt bermakna