Sunday, 22 September 2013

Aku Ingin Jadi Duta

Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah yang ana kagumi dan ana ingin menjadi seperti beliau kerana pelbagai ciri beliau sangat berkaitan dengan hidup ana malah semua umat Islam. Jom kita kupas siapa Mus'ab bin Umair.

Sebelum memeluk Islam, beliau berperwatakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah.

Mus’ab juga adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik-adiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu, ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam.

Ibunya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Ibu Mus'ab juga tidak makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya. Tindakan ibunya,tidak melemahkan Mus'ab malah beliau membuat pelbagai usaha agar ibunya memeluk Islam tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Teguhnya iman Mus'ab (yg ana teringin sgt memilikinya), Mus'ab mampu berkata, “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”.

Ibunya pun mengusir Mus’ab dari rumah, maka tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.

kerana cinta kepada Allah dan Rasulullah, Mus'ab meninggalkan kekayaan dan kesenangan hidup.

Selepas itu,Mus'ab turut berhijrah ke Habysah. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin kurus kering dan berpakaian compang-camping lantaran penyeksaan Quraisy ke atasnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:, “Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah ditengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.


Mus’ab, adalah DUTA PERTAMA diutus oleh Nabi ke Madinah untuk berdakwah. Hasil dakwahnya, pada tahun tersebut 12 orang Madinah Masuk Islam dan bertemu dengan Nabi di Musim Haji untuk mengikat janji setia dengan Nabi (Perjanjian A’qabah 1). Pada tahun berikutnya 70 lagi orang Madinah masuk Islam dan datang ke Mekah di musim Haji untuk berjanji setia dengan Nabi (Perjanjian A’qabah 2). Kejayaan cemerlangnya inilah, pembuka jalan kepada Nabi dan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah.


Sewaktu terjadi peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam.
Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan "Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul".Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.






Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:

“Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.”


Sahabat,

Nampak tak hebatnya Mus'ab?
disaat hidup dipenuhi dengan kesenangan dan kasih sayang tak berbelah bahagi,
beliau memilih Allah dan Rasulullah berbanding ibunya. Pakaian yg mewah ditinggalkan yg akhirnya baju compang-camping dan tak sempurna itu dipilihnya.

Nampak tak hebatnya Mus'ab?
Dunia dan kehidupannya semata-mata utk Allah.
Beliau adalah duta pertama Islam.
yg kita tahu Dakwah itu bukannya mudah.

Ana? Kita?
Orang kritik sikit bila kita buat baik..terus rasa lemah?
Berkorban utk Islam susah?
Sanggup kahwin awal supaya tak posting di pedalaman?Parents dijadikan alasan utk tak datang program.

Allah jadikanla diri ini seperti Mus'ab, Dunia ini tidak menjejaskan imannya.


Rasa2nya,
ada lagi tak muslim hari ini yg mengorbankan segalanya utk mendapat redha Allah.
Berdoalah! Berusahalah! Semoga kita menjadi seperti Mus'ab bin Umair.

Pemuda yg teguh imannya.
Rasa kecintaan kepada Allah dan Rasulullah melebihi segala-galanya.


Jadi apa kaitan dengan ana mau jadi duta kan?

Alkisahnya,
Ana pergi sekolah orang asli pada 19 sept 2013 di hulu terengganu.

Keadaan pelajarnya mmg sangat daif dan menyedihkan.
Sehingga ana rasa,' aku ni di M'sia ka? mcm di Afrika jk'

Melihat mereka tak berkasut jalan di atas jalan tar.
Tak mampu mengeja dan masa depan yg tak pasti akan menjadi lebih baik atau tidak.

Siapa tak sedih?
Sedih..ini lagi bila mengetahui,

MEREKA MUSLIM!
MEREKA SAUDARA SEMUSLIM ANA!

Ana sibuk melihat saudara yg ditindas,tak terlihat yg ditindas di negara sendiri.
Ana hidup senang, mereka?

yg paling menyayat hati.
Mereka tak pandai mengeja. Mereka boleh baca Al-Quran tak?
Hidup mereka terbiar,mereka solat tak?

Kenapa tiada siapa yg kisah semua tu?
kerana kita lupa,kita bersaudara.

Ana ingin jadi duta,
walau ke mana ana pegi, ana ingin mereka lihat Islam.

Ana ingin jadi duta,
walau ke mana ana pergi, biar mereka merasai cinta Allah dan Rasul.

Islam tu untuk semua. Hakikatnya semua muslim itu bersaudara.

Ana ingin jadi duta seperti Mus'ab bin Umair.





Saturday, 14 September 2013

I Miss U like Crazy

Bismillah.
sirru ala barakatillah. .

Minggu ni minggu hura hara.
Diri ini tenggelam di dalam lautan rindu.

Persoalannya..
Siapa yg dirindu? Who?

Alkisahnya..

bermula perjalanan aku mencari si penakluk hati yg mewujudkan rasa rindu di hati ini.

Hanya Allah yg tahu betapa rasa kosongnya diri ini ketika itu.
but Allah knows the best.


So,aku mula sedar. .
Masalah hadir untuk diselesaikan.
Aku tak boleh terus lemah.

Pensyarah aku cakap..
Masalah tu..mcm 1 benda yg Allah campak pada kita.
sama ada kita mampu bersabar atau kalah dan lemah.

So,aku pun mengatur langkah.

1st. Call parents.

Wajah yg dikasihi itu,
Suara yg mengisi hari2ku (sblm merantau jauh).

Ya Allah,sungguh aku rindu.
Ingin sahaja aku terbang ke kampung halaman.

tunduk mencium tangan tua itu.
Memeluk tubuhnya erat.
menceritakan kisah hatiku yg lemah.
melenyapkan rasa rinduku dgn melihat senyuman tuanya.

Namun,
ku sedar..ada perjuangan yg mesti diteruskan.
cukupla sekadar mendengar suaranya melalui telefon,
sudah mampu membuatkan mata menumpahkan isinya,
mungkin sebaldi tak cukup utk menampung air mata.

Ya,
mengetahui mereka sentiasa menyokong diriku,
resah di dada semakin berkurangan.
Senyuman mula terukir.

Namun tidak lama,
ku terasa kosong kembali..

2nd step. .
I need someone to talk with.

Diri ini bukan mudah utk berkongsi cerita,
namun..
seperti rasa ini tidak tertanggung lagi.

Aku menginginkan,
dirinya memberi jiwaku makanan,
agar ku tak terasa kosong.

Aku mengharapkan,
bicaranya memberi sinar cahaya,
di hati ku yg gelap ini.

tiada siapa yg sempurna.
ujian lain pula yg melanda.

seorang sahabat menimbulkan persoalan,

seperti berjalan dengan baju koyak,
semua orang pandang kita.
Jadi awak nak terus berjalan x?

Yap.saya pilih untuk terus berjalan.

Dalam tempoh ini,aku tersedar,
hakikatnya kalau kita mengadu atau mengharap pada manusia,
ada kemungkinan kita akan kecewa. Jd pada siapa harus daku cari..
Jika manusia tak mampu mengisi kekosongan hati ini.

Pencarianku terjawab..

kepada Allah jualah,tempat aku mengadu,
merintih dan menagih kasih-Nya
Hati ini milik-Nya, jadi Allah lebih tahu apa yg berlaku terhadap hati ini.

Aku terlupa,
selama ini,jika aku rindu,
idea bahawa aku rindu parents atau kawan,
mendahului daripada berfikir bahawa
aku rindu Allah.

Mungkin..
aku tak pernah terfikir pun,
yg aku boleh rindu Allah.

Selama ni,
aku fikir Allah saja boleh rindu aku.
Tapi ya..aku boleh rindu Allah.

Betullah,iman aku hanya senipis kulit bawang.

Aku kata aku sayang Allah,
aku kata aku sayang Rasulullah.

tp bila di tanya,
b'sedia x jumpa Allah? bersedia tak mati?
Aku tak sedia,aku takut.

Bila ditanya,
aku mau x jumpa Rasulullah? Aku mau.
pernah doa,minta supaya dapat jumpa Rasulullah? pernah,tp seringkali lupa.

Itulah aku,manusia yg lemah dan lupa.
Jadi apa aku perlu buat?

Doa.
Doa agar Allah jaga hati kita.
Doa minta pada Allah untuk mengakis penyakit wahan yg menimpa hati kita.
Doa agar kita sentiasa merasa nikmat rindu pada Allah dan Rasulullah.

Doa. Jangan tunggu Allah bagi ujian baru mau doa.
Kesenangan dunia juga ujian,
takut kita terlena dengan kesenangan hingga tak sedar bahawa itu ujian Allah.

Allah suka kita meminta2 pada-Nya

Ya Allah,
sungguh aku hamba yang hina,
hanya layak menjadi bahan bakar api neraka,
namun aku tak sanggup ya Allah,

Ya Allah,
Engkau tahu segala isi hati ini,
Jgn Kau butakan mata hati ini,
Bimbingla hati ini di jalan yg lurus.

Ya Allah,
jauhilah hati ini dari penyakit hati,
lapangkan hati ini,
kikisla penyakit wahan di hati ini,
suburkanla rasa rindu kepada-Mu 
dan Rasulullah.

Ya Allah,
pupukla rasa sanggup mati untuk-Mu dalam hatiku,
lahirkan rasa rindu untuk bertemu dengan Mu.
Aku mohon agar aku istiqamah dalam jalan menuju redha-Mu.

Sunday, 1 September 2013

Hebat.Daebak.

Bismillah.
Alhamdulillah. Masih dapat menghirup udara secara percuma.
Masih dapat merasai nikmat Islam dan iman.
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Alkisahnya. .suatu hari. .

Usrah SuperHero

Ustaz Batman: Di kesempatan ini , ana sebagai naqib nak tegur ahli usrah superhero yang lain. Pertamanya enta Hulk, kamu tahu tak sabar itu sebahagian daripada iman, marah itu api padamkanlah ia dengan air, berwudhuklah selalu ! InshaAllah Allah akan sentiasa menjagamu.

Hulk: Baiklah Ustaz Batman. Saya akan cuba baiki diri saya yang cepat marah ni.

Ustaz Batman: Keduanya enta Superman , kita sebagai seorang muslim harus ada etika dan akhlak berpakaian, janganlah tunjukkan kepada dunia bahawa pakaian yang kamu pakai itu adalah pakaian seorang muslim, kerana etika pakaian haruslah mengikut garis panduan daripada quran dan hadis.

Superman: Baiklah ustaz, lepas ni ana akan amalkan memakai jubah dan tutup aurat dengan sempurna InshaAllah.

Ustaz Batman: Ketiganya enti Catwoman, ana sedih sangat dengan cara pakaian kamu, seorang muslimah seharusnya menjaga harga dirinya, tak perlulah pakai pakaian yang ketat t , enti ni sebagai superhero muslimah perlulah jadi uswatun hasanah pada perempuan yang lain.

Catwoman: InshaAllah lepas ni ana pakai jubah+Hand socks + Stokins + Tudung bidang 60.

Ustaz Batman: Seterusnya enta spiderman, anta ni selalu panjat tingkap rumah orang. Ana tahu tujuan enta baik sebenarnya tapi ana rasa tak elok enta pergi panjat rumah orang, takut nanti terlihat aurat orang kat dalam rumah nanti, satu lagi ana nak nasihat janganlah cari kesalahan orang lain, dalam surah hujurat ayat 12 Allah dah terangkan pasal ni.

Spiderman: Maafkan ana, inshaAllah lepas ni ana tak panjat rumah orang ana panjat pokok je. Mungkin jalan kaki je lebih baik.

Ustaz Batman : Akhir sekali enta The Flash. Jangan terlalu gopoh buat sesuatu perkara. Pantas itu memang penting tapi ingat, adab berjemaah jugak penting. Terlalu pantas bahaya tetapi terlalu lambat lagi bahaya. Bersederhanalah ye. Disebabkan enta pantas sangat, habis barangan dan harta awam rosak disebabkan kelajuan enta.

The Flash : Baiklah.. Ana akan lebih berhati-hati lepas ni.

Ustaz Batman : Dan kesimpulannya, antum semua buatlah sesuatu kerja tu dengan berpasukan. Muslimin muslimat juga perlu berganding tetapi ikhtilat dan hubungan perlu dijaga. Jangan terlalu emosi dan angkuh ketika bekerja. Ingatlah.. Semua tu kita buat kerana Allah. ""
Mungkin ada yg fikir..mana ada usrah macam ni.
itu sebab kita pandang remeh pada usrah.

Tapi sebenarnya..
Usrah tu tunjang tarbiyyah.
Kita jadi hebat bila kita ikut usrah.
malah lagi hebat dari Batman,Spiderman etc tu. .

Batman,spiderman etc cuma khayalan.
Kita yg hidup di dunia ni,yg nyata.
Kita jadi hebat bila kita mampu menahan nafsu,
bila kita mampu sabar dalam menegakkan agama Allah,
bila kita mampu ikhlaskan diri kita untuk Allah.

Macamana mau capai semua tu?

USRAH. .

Jadi ana ingin perkenalkan usrah ana yg comel2.
InshaAllah,serikandi agama yg akan menegakkan Islam di bumi yg tandus ini.

Semanis Cake Secret Recipe

Dekat Di Hati

Ya Allah,satukanlah hati-hati kami dalam mengapai redhaMu.