Sunday, 28 July 2013

Menangis

Bismillah. .
di suatu hari yang indah.
Alhamdulillah ana masih bernyawa.

Ana baca surat cinta dari kakak naqibah. .
bunyinya begini. .

Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana Al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran,sanggup bersakit.

Serta tawakal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Menyakini Allah sebagai Penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terenggut,
Roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubair,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid,rohnya ke syurga.

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
Fikrahnya jernih,menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai harumnya pusara Masyitah,
Semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat,
Di Mahkamah Mahsyar nanti.

Bertemu cinta dalam halaqoh,
Hidup lebih indah terarah,
Menyulam tautan hati kerana Allah,

Terpaterilah ikatan Akidah.

sob.sob.sob.
sedih.


Hakikatnya,
Islam itu indah,
ukhuwah fillah itu indah,
& semuanya bermula dari bulatan cinta itu. 

Monday, 22 July 2013

Saya.Jatuh.Luka.Parut

Alkisah . .
suatu hari saya merantau ke tempat orang,berteman dengan kawan baru.
Tujuan kami sama,jalan kami sama. Walaupun loghat kami berbeza.

Tengah2 kami berjalan,saya terkaku.
Rupanya..saya terjatuh..!!

Saya cari awak. Saya nampak awak.
Awak tanya khabar saya.

Saya tunggu awak. Saya jatuh. Saya tak minta awak hulurkan tangan.
Saya tunggu awak cakap sesuatu. Saya cuma nak awak cakap yang saya jatuh!

Mungkin beban awak berat sangat. Mungkin saya minta perhatian sangat. .
ataupun Mungkin kerana saya kecil hingga awak x terlihat akan keadaan saya.

Alhamdulillah. .Allah sayang saya. Allah hantarkan mesin masa untuk saya mengambil ikhtibar dari masa lalu. Agar saya menyedari bahawa saya jatuh. Allah sedarkan saya yang saya ada Allah.

Saya sedar saya tak boleh tunggu awak. Jalan yang kita pilih ni memang x pernah mudah. Mungkin awak takkan pernah sedar akan keadaan saya.
Saya sedar dalam jalan yang jauh lagi berliku ni ,saya kecil orangnya.

Saat ini. . saya cuba bangun dari jatuh,
kerana saya berjalan di atas jalan ini bukan kerana awak.
Tp kerana Allah.

Walaupun tanpa awak,saya kena teruskan perjalanan saya.
Saya sedar kawan awak bukan hanya saya seorang.
Kawan seperjalanan kita,bukan hanya awak seorang.

Jadi apa motif saya beritahu benda ni pada awak?

Saya nak beritahu. .
Saya jatuh
Saya luka

Saya akan pastikan saya bangkit dari jatuh
Saya akan pastikan awak x akan terpandang luka saya.
Luka saya akan cepat sembuh.

Tp saya nak awak tahu tempat luka itu tetap akan meninggalkan parut.
Awak x perlu risau parut dari luka ini,bukan kali yang pertama.
Saya janji walau sebanyak mana pun parut saya,saya tetap akan berjalan.
kerana saya tahu. .

SAYA JANJI AKAN TERUS BERJALAN,

BUKAN BERJANJI PADA AWAK.

TAPI SAYA JANJI PADA ALLAH,

SAYA AKAN TERUS BERJALAN.


Sunday, 21 July 2013

Ramadan Bulan Barakah

May Allah Blessed U. .

Hari ni adalah 12 Ramadan 1434H. .
beberapa minit lagi,sebaik shaja azan maghrib berkumandang..
kita beralih pula ke hari 13 Ramadan.

Begitu pantas masa berlalu,
semakin hampir Ramadan bakal meninggalkan kita.

Sebagai seorang pelajar di perantauan,
Akhir Ramadan membuahkn 2 perasaan,
gembira-Syawal menjelma,kita akan pulang ke kampung halaman.
pada masa yang sama sedih juga 
sebab mungkinkah kita akan  bertemu semula dengan Ramadan akan datang.

Jadi sebelum terlambat..
Jom kita meriahkan Ramadan.
Walaupun kelihatan..masjid2 semakin berkurangan bilangan jemaah terawikhnya.

di pertenghan Ramadan ni..
suka ana ingin mengingati kembali beberapa perkara,
agar Ramadan kali ini lebih bermakna.

First, kenapa kita wajib berpuasa?

Jawapannya..atas perintah Allah. Hidup kita ini tujuannya utk meraih Redha Allah & beribadah kepada-Nya. Jadi bila Allah suruh jangan main-main tau. .

Puasa2 jga,kena tahu kenapa kita puasa. Tahu dalil puasa? ka sebab dari kecil seluruh keturunan berpuasa di bulan Ramadan maka kita pun berpuasa.

Oklah. Dalilnya dalam Surah Al-Baqarah,ayat 183.

Maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." ( lepas baca ni,cek tafsir..manatau tak betul).

Second, Kita berpuasa ni berapa lama?

Mungkin ada yang jawab dalam hati. .
Soalan kacang kot, budak kecil pun tahu..kita puasa selama sebulan. .

Tapi untuk lebih spesifiknya lagi. .
Bulan Ramadan ni ada 3 fasa.

Fasa 1 : Rahmat ( 1-10 Ramadan )


Fasa 2 : Pengampunan ( 11-20 Ramadan )


Fasa 3 : Terhindar daripada azab neraka ( 21-30 Ramadan)
p/s : kalau salah tolong betulkan.. n picture ni ana ambil dari affanruslan.com.

 Thirdly, Apa yang kita perlu buat di bulan ni?

Jawapannya ada dalam gambar di bawah..
tetapi dalam gambar tu hanya sedikit sebenarnya banyak lagi..
semua perbuatan kita tu adalah ibadah jika kita niatkan ikhlas kerana Allah SWT.


ok. sebelum post kali ni the end..ana mau berkongsi satu kisah,ana dengar sewaktu program KULTUM (kuliah 7 minit selepas solat zohor di surau IPG ni)

Ustaz : Bulan puasa ni,ustaz galakkan para siswa guru untuk boros..Boroslahh..
Ana : Huhhh???Boros boleh?yeayy. .(dlm hati)

Ustaz : ustaz tak maksudkan boros duit di bazaar Ramadan..tapi boros kan masa anda..boros sehabis yang mungkin.
Ana: Boros masa tu macamana??(dlm hati)

Ustaz : Boroskan masa anda utk beribadah..ada masa free terus..baca Quran,solat sunat,zikir atau apapun ibadah yang sempat kamu lakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.Tak kiralah baca buku ka.itupun ibadah.
Ana : sentap. .

Ustaz : ok.Faham?..boros yang satu ni kita tak kan rugi.
Ana   : ok..jom boros..sementara stok masa masih ada. .hehe

Salam Ramadan. Selamat berpuasa.Selamat berbuka puasa. Semoga Allah terima amalan dan puasa kita. 

Saturday, 20 July 2013

Markaz Siswa Siswi Islam Sabah ( MARSIS )

Bismillah. .
Dalam post kali ni,ana ingin menjawab persoalan sahabat-sahabat.
Tentang kalau ana pergi program under siapa.
Tahukah anda..anda boleh join ana pergi program?
Ok.Jom terjah. . 

Sebuah badan NGO yang berperanan menjaga kebajikan Mahasiswa/wi Islam Sabah yang belajar di Semenanjung Malaysia.


VISI :-
Membina Generasi Terbilang di Bumi Sabah.

MISI :-
-  Memperkasakan program dakwah di peringkat mahasiswa Islam Sabah khususnya.
-  Mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga MARSIS.
- Mengoptimumkan penggunaan kepakaran ahli di lapangan masyarakat.

SlOGAN :-
"MARSIS dekat di ♥"


SIAPA YANG TERLIBAT :-
Semua Mahasiswa/wi Sabah & Sarawak yang belajar di Semenanjung Malaysia.


Antara program yang telah dijalankan :




Roadshow Unisza,UMT & IPG


ok. Tak dapat mau upload semua gambar sebab ada yg tak da dalam simpanan.
Jelas dah? Sebarang persoalan boleh tanya ana.

Friday, 19 July 2013

Kanvas Hidup

Bismillah. .
Salam Ramadan.
Masuk tahun ni, sdh 3 tahun ana berpuasa di perantauan.
Sedih tu sudah pasti,tp Allah mengubat kesedihan & kesepian itu dengan kehadiran sahabat2 yg comel & baik di sisi ana.

Tahun Ni & Tahun Lalu
Awesome Classmate


kiri-kanan,line 2 : Adawiyah,Farhana,Khadijah,Claudy,Syafiqah,Dayang,Sue Zhen,Atikah,Mary,Casey,Zhulaikha,Nana,Patcey,Hidayah

kiri-kanan,line 1 : syahmi,solihin,raihan,tan,moray.

Ana mau describe sahabat2 ana ni melalui pantun. .

Ini kisah cinta kita,
Di sebuah tempat IPGKDRI namanya,
Pelbagai rahsia telah tercipta,
Pahit manis sangat dalam maknanya.


Kisah bermula dengan dia,
Menerima sahabat apa adanya,
Baik dan bijak itulah dia,
'Abang' kepada semua sahabatnya.


Pertama kali bersua dengannya,
Petah bicaranya membuka mata,
Suka memimpin dan peramah orangnya,
Dia KU pertama kita.


Orang ini rajin sangat,
asal Terengganu berbangsa cina,
Bijak si dia selalu berjimat,
itulah dia KU kita.


Berkaca mata molek dilihat,
Pembuka suasana sentiasa ceria,
Gelaran 'Badamd' dia terlekat,
Murung mendatang sunyilah dia.


Baik orangnya polos sangat,
Apabila di usik merah wajahnya,
Comel dilihat senior terpikat,
Segala hal dilaporkan kepada emaknya.


Rendah diri manis dipandang,
Belajar Taekwando lucu tingkahnya,
Prihatin dirinya kurus dipandang,
Asal Semporna baik orangnya.


Tinggi si dia seperti model,
Peramah sifatnya disenangi ramai,
Pontian Johor dia tinggal,
'Kak Long Kawasan' dikenali ramai


Menonton Korea penuh emosi,
Mengambil berat perihal sahabatnya,
Kakak kepada semua orang di sisi,
Seorang hafizah dia rupanya.


Orangnya manis sopan bergaya,
Lembut bicara bersepupu sudah,
nama dari Brunei itulah dia,
Blog cantik keluar pamplet sudah.


Putih dilihat banyak peminat,
Kecil si dia jangan rendahkan,
Comel tingkahnya menarik minat,
Sahabat baik 'Datin' la katakan.


Apabila tidur masa terhenti,
Warna pilihan mestilah putih,
Jenaka dia tak henti-henti,
Teringatkan Paroijaya tak pernah letih.


Romantik orangnya dari Papar,
Berbangsa dusun LD singgahnya,
Bersama roomatenya seperti kembar,
Menari tarian tradisional itu kemahirannya.


Lembut tutur bahasa ayu orangnya,
Kalau menyanyi dia champion,
Bila malu merah wajahnya,
Saudara terpisah Celine Dion.


Tidak bertangguh itu sifatnya,
Anak Bongsu dari Membakut,
Dalam diam Runningman ditontonnya,
Tudung Akel semua di angkut.


Betong Sarawak dia berasal,
Bermain bola keranjang itu minatnya,
Dia marah jangan cari pasal,
Berkaliber Patcey namanya.


Ling Sue Zhen orangnya matang,
Mr.Perfect dalam pencarian,
Jauh dari Tawau dia datang,
Miss Perfect jadi impian.


Merah jambu pilihan hati si dia,
Petah bicara bergaya orangnya,
'Kak Long' kelas itulah dia,
Makluman dia sudah berpunya.


Mulut berbicara wajah menahirkan,
Bidang lakonan dia berbakat,
Tempah karipap dia sediakan,
Gelaran 'Don John' dia melekat.


Inilah dia sahabat2 ana, InshaAllah 4 tahun lagi akan dihabiskan bersama.
Jom kita lukiskan kanvas hidup kita dengan warna warni & penuh ceria.
bak kata lagu kelas kita.. We all in this together and live while we're young. .


Thursday, 18 July 2013

Ukhuwah Fillah


Salah satu perkara yg terindah berlaku pada ana, apabila Allah hadirkan mereka dalam hidup ana .
Kami bertemu di pulau Labuan,yg dugaannya bukan main hebat. 
Namun kerana saling memperingati,pulau maksiat itu menjadi pulau tarbiyyah.
Kita cuba memahami & melengkapi satu sama lain.
Benarlah Ukhuwah Islamiyyah itu adalah keseikatan hati dalam 1 aqidah.
Barulah merasa kemanisan ukhuwah. Susah & senang kita bersama.

Tiada kalam yg mampu m'ungkapkan manisnya,hanya hati mampu berbicara.





Bila makan nasi ingat Norhasimah Safiah Hussin

bila tgk ikan masin ingat Fatmawati Sudin
bila makan coklat cadbury ingat Nishizawa Hikmah
bila makan ais krim teringat Norhafsah Majid
bila makan magie teringat Rye ManjaLara FrunzeElf
bila tgk 3 in 1 ingat Eiyra Oone
bila makn kek teringat Siti Balqis Satimen
bila mau makan kismis menjelma NaJwa AhmAd BasIr
bila m'gantuk rindu Aishah Humayra
bila buntu teringat Kak Mimi
bila memasak teringat kak Nuriyah
bila nampak talam..lgsg x da selera makan..

kpd yg x disebut..jgn merajuk..kalian tetap di hati..
May Allah bless u shbt. .

Wednesday, 17 July 2013

Ahlan Wasahlan


Bismillah. .
Assalamualaikum. .

Post yang pertama di Blog yang kedua.

Kenapa tidak teruskan blog yg dahulu?
Sebab ana merepek shja d blog yg dahulu tu.

Kenapa mahu terus menulis?
supaya ada wasilah utk melahirkan buah fikiran/ persoalan yg terpendam. 

Saya menggunakan kata ganti nama sbg 'ana' di sini.
bukan kerana telah petah berbahasa Arab.
tapi sekadar utk mempraktikkan bahasa syurga tersebut.

Semoga Allah redha. .