Wednesday, 21 October 2015

Mahabbah


Catatan Budak-Budak

Hikmah sebuah ujian.
Setiap orang yang hadir dalam hidup kita, ada sebabnya.
Hendak dijadikan cerita.
Saya ada seorang kawan sekerja.
Ntah di mana silapnya. (dulu).
(Sekarang) sebab mulut saya xda insurans. Cakap main redah jah.
Berlakulah satu konflik.

Konflik yang buatkan saya marah sehingga tahap menangis.
(kawan saya yang lain cakap, orang yang boleh buat saya menangis sebab marah/xpuas hati ni memang cari nahasla,sebab saya orang yang jarang marah.)

Buat pertama kali dalam hidup, saya jumpa orang yang sensitive macam dia.
Orang yang buat saya fikir diluar tahap kemampuan akal saya.
(bukan gila, tapi tahap. .penat dah nak fikir)

Setelah tahap berfikir rasional saya kembali.
Saya menyedari, banyak silap dari pihak saya.

1.  Saya seorang yang perfectionist
Semua benda yang saya buat, saya nak buat yang terbaik. Bila benda buat selekeh, sekadar melepaskan batuk di tangga. Saya sedih.

2. Saya nak kerja dengan mahabbah
Buat kerja sendiri, bukan menandakan kita ni hebat. Mampu berdiri sendiri.
Kerja sendiri, tanda kita tak da kawan. Bukankah menyedihkan, kita ada ramai kawan, tapi untuk bekerja sama-sama tak da.

3. Saya adalah orang yang sangat kurang keyakinan diri.
Orang yang pertama saya persalahkan adalah diri saya sendiri.
Kemudian bersedih. (dulu zaman jahiliyyah) luahkan masalah dkt media social.
Sekarang saya dah matang sikit. Media social bukan tempat luahkan masalah, tapi menambahkan lagi masalah. Media social fungsinya tempat berkongsi kata-kata hikmah, nasihat, memberi peringatan dan membangkitkan semangat.

Kepada kawan sekerja saya tu,
Minta maaf segala salah silap. Terima kasih sangat2. Saya banyak belajar.
Konflik ni ajar saya :-
1. Tak semua benda kita patut cakap, ada benda lebih baik disimpan.
2. Jangan main cakap jah, fikir dulu.
3. Berfikiran positif. Emosi nombor dua.
4. Segala kebaikan takkan tergadai akibat satu konflik.
5. Senyumlah. Berbahagialah. Saya nak bahagia dan sebarkan bahagia.
    Matlamat dan cita-cita kita masih jauh.

Thursday, 20 August 2015

Cinta Jangan Pergi


Bismillah.
Saat masa berputar sangat pantas.
Jasad lesu digagahkan.
Memotivasikan diri dengan firman Allah.

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah orang-orang yang berjihad di antara kmu dan belum nyata orang-orang yang sabar dalam berjuang?

-ali imran: 142-

Ya Allah,
Aku lemah.
Aku tak kuat.

Namun
Hanya ini yg mampu ku lakukan
Untuk mensyukuri nikmatmu.
Hanya ini yg akn mnjdi hujahku
Bla dipertanyakn amanah driMu.
Ini hanya sedikit berbanding kasih sayangMu.
Ini jalan juang kekasihMu.

Kuatkan aku.
Hati berbolak balik.
Cinta jangan pergi.

Monday, 16 February 2015

TEH BENG


Teh Beng
Warna air banjir
Teh Beng
Warna tanah

Berat hati meninggalkan bumi Tawau.
Langkah digagahi jua,
Yakin dgn janji Allah.
Tambahkan ilmuku.
Jagakan keluargaku.

Siapa sangka kegembiraan dpt berkhidmat dan menyumbang bakti di negeri Tok Guru
Bertukar kesedihan dgn pemergian Tok Guru.

Allah jua Maha Kuasa.
Teruskan berjuang
Masa kita akan tiba nanti.
Rehat hanya setelah nyawa
Meninggalkan jasad.

Belajar. Belajar dan belajar.
Tengah belajar untuk memperbaiki akhlak
Tengah belajar untuk meletakkan Allah no1 dalam hidup.

Kadang
Terasa lelah
Penat melayan karenah manusia
Masing2 ada ragam tersendiri.
Mengajar aku untuk berlapang dada
Dan meraih orang lain.

Kadang
Terasa sakitnya bila diuji
Dgn hati yg berbolak balik
Turun naiknya iman.
Mengajar aku..jika bgnilah sakitnya mujahadah itu
Kurniakanlah ya Allah hatiku kekuatan utk menghadapinya.

Teruslah tersenyum
dgn ikhlas
Kerana ini jalan yg aku pilih
Kerana aku perlukan tarbiyyah
Kerana aku perlukan islam
Kerana aku adalah hamba.

Tarbiyyah (i+1)
Better than yesterday.

#pray4islam