Thursday, 16 October 2014

Coklat Manis

Bismillah..

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.


Semua orang diberikan ujian
mengikut kemampuan masing-masing.

Perbezaannya,
sejauhmana kita bersyukur dalam menghadapi ujian.

Ujian keperluan dalam kehidupan
Allah bimbing kita cara untuk hidup
dengan memberi kita ujian.

Ujian
mengajar kita bersabar
mengajar kita berfikir
mengajar kita untuk jadi kuat.

Ujian bukan untuk melemahkan kita
Ujian adalah satu proses menukarkan
kelemahan kita menjadi kekuatan.
 
Ujian tandanya Allah sayang.
Risaulah bila diri tidak diuji
kerana mungkin kesenangan itu
merupakan ujian dari Allah.

Ujian Allah bagi sikit jk
nikmat lepas ujian lagi banyak.

macam coklat..hitam,x sedap mata memandang.
tp bila dah makan..sedap sangat.

Coklat
Minggu 1: hadapi penyakit misteri-kononnya kayap.
Nikmat :
Walaupun sakit, Allah permudahkan semua urusan,
adanya ketenangan mengatasi keresahan.
senyuman terukir di wajah insan2 yg ditemui.

Minggu 2: Hp hilang
Nikmat :
Allah berikan yg lebih baik dari yg tlh hilang.
Allah bagi masa refleksi diri hp tu dah digunakan utk apa.
Allah tunjukkan apapun ujian yg dihadapi, kita masih ada Allah tempat bergantung,
ibu ayah tempat bersandar & sahabat2 tempat menumpang bahu.

Minggu 3: Q&A MARSIS & UMT.
Nikmat :
Disaat orang lain membara dgn amarah, Allah hadirkan ketenangan.
memberi kewarasan akal untuk berjiwa besar & mengatur strategi dgn baik.
Mengajar bahawa hati manusia adalah milik Allah.

Minggu 4: Salah tiket bas.
sentiasa ada tangan-tangan yang sudi membantu.
Kekuatan kita adalah sejauhmana kebergantungan kita pd Allah.
Sejauhmana kita sabar & redha dgn ujian Allah.

Buat kita yg sentiasa diuji.
Senyum. Alhamdulillah.
Hadapi ujian dengan kesyukuran.
Belajarlah melalui ujian.



untuk mereka yg berjuang
mencari erti sebenar Islam
menjadi muslim sejati..

titipan lagu

Sunnah Orang Berjuang
by Hijjaz

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

*Chorus
Malamnya bagai rahib merintis sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana...atau syurga

Fazakkir.
mohon tembakan doa2.