Friday, 14 February 2014

I'M FINE

Bismillah..

post kali ni
merepek jk.

nak cakapnya.
ana ok.
Gambar ni dgn captionnya..
m'buat pelbagai kotroversi


forever alone..senyum.

forever alone..for me..
x semestinya kita sedang bersedih.

kekadang kita memang memerlukan masa utk bersendirian..
dalam kubur pun..
kita forever alone..

mana ada kwn.
hanya amal yg menemani kita.

and this picture makes me thinks a lot..

Egokah aku?
Ya.Aku ego.

Tegurlah aku sahabat.

Maaf kalau ada yg terasa.

ana prefer org yg tegur depan2..kesalahan ana..
dari org yg cakap2 belakang.
dari org yg menegur secara public..
for me FB is public.

Ana mengaku,ana faham..sebab ana pernah buat..
ana belajar yg

You never understand a person until you climb into his skin and walk around in it

semua orang boleh bercakap, tp tak semua tahu bila mereka patut bercakap.

Kita bukan penghukum..tapi kita penyeru..sobsob

La Tahzan..
Lihatlah dunia. Nikmat Allah lagi banyak utk kita sedihkan..
Alhamdulillah..atas pelbagai nikmat..
Senyumlah dalam ketaatan..


Nikmat Kemanisan berukhuwah.
Bila mattoge dgn mereka2 ni..
i realised..i've changed a lot..
ntah d mana silapnya diri ini
dri riang ria d pagi raya jd org yg silent mode.

berusaha..mencari diri yg hilang.
dengan adanya penambahbaikkan.



Jumpa Upin Ipin..
sama excited dengan budak2.
well.size pun sama jk.


Tuesday, 11 February 2014

Siapa Aku?

 "Awak tak da ke,ada ke sama je"

"Orang tak rasa pun kehadiran awak"

. . .

"kitakan kena utamakan pndangan Allah dari pandangan manusia kan?"

"yup"

"kita memangla kena utamakan pandangan Allah..tapi kita hidup dengan manusia.
.Jadi macamana tu?"

Assalamualaikum..
ya..
guane tu?

For me this is my answer. .

“Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian daripada keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.”
(42:20)


Memanglah kita hidup dengan manusia. .
tp ingat kembali,

Adakah kita akan selama-lamanya hidup dengan manusia?
Bukankah kita akan bersendirian di dalam kubur.
Bukankah setiap perbuatan kita menjadi tanggungjawab kita sendiri.

Siapa yg akan bantu kita?
Siapa yg sayang sangat dekat kita?

tiada yang lain.
Allah SWT.
Allah always be there for us.



Kalau nak masuk syurga,
bukan kerana amalan kita,
tapi kerana belas kasihan dan redha Allah.



Memanglah..
kita tak lepas dari berfikir dan mengira pandangan manusia terhadap diri kita..

Ketika itu haruslah kita sedar
cinta akan dunia sedang menerombos
dan cuba menguasai hati kita..
 
dan tidaklah mustahil
utk kita lebih mengutamakan pandangan Allah,
jika kita berusaha.

jom berusaha..
menjadi hamba.
bukan hamba dunia
tp Hamba Allah..




Monday, 3 February 2014

Jambatan

Assalamualaikum and hi. .

Tatkala dunia hanya berada dihujung jari. .

pernah dengar tentang

KEYBOARD WARRIOR?
PELAKON AGAMA?

Kadang tefikir..akukah itu?

Melihat media sosial hari ni..
Facebook. Twitter. Blog. Vlog. Instagram

Semua orang boleh bercakap tentang Islam
Post islamik di FB. Twitter. Blog. Vlog. Insta.
Mungkin ada sengaja yg berbuat demikian untuk meraih 'like', 'viewers'. .

Siapa saya utk m'hukum dan menuding jari
walhal saya sendiri pun post ttg islam di FB. Blog. Insta.

Mungkin ada yg tefikir..salah ka post islamik?
Kena tggu sempurna dulu ka baru boleh post islamik ni?

Tak salah pun. 
Nak khabonya di sini..

post islamik samada di laman2 sosial, pertuturan dan perlakuan kita tu perlu.
Kenapa? sebab ianya uslub(method) dakwah.

“ Dan siapakah lagi yang paling elok percakapannya daripada mereka yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh serta berkata: Sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan yang berserah diri kepada Allah.”
(Terjemahan Maksud Al -Quran, Surah Fussilat : 33)



mari kita kupas maksud uslub dakwah

‘Uslub’ adalah perkataan Arab yang bermaksud jalan atau seni dalam percakapan atau pekerjaan.
Ia juga bermaksud metodologi atau cara melakukan sesuatu dan dikatakan juga sebagai sistem melaksanakan sesuatu.
-Prof. Dato Dr. Harun Din-

mahu highlight kan perkataan JALAN..yup.hanya satu jalan.

sedangkan

Dakwah Islam adalah sesuatu yang bersumberkan Al Quran dan As Sunnah.

Berdasarkn kefahaman saya..

Uslub dakwah ni adalah jalan untuk kita kembali kepada Al-Quran,As-sunah dan Islam sbg Ad-deen.

Bahasa mudahnya..

Post Islamik di laman2 sosial tu menjadi JAMBATAN untuk kita kembali
mengamalkan cara hidup Islam yg sebenar.



Alangkah malangnya kita..
Jika kita terhenti sekadar di atas JAMBATAN itu sahaja.

Minta maaf sangat2
Jika ada individu yg tersinggung dgn apa yg saya nak cakap
Honestly, nukilan ini utk muhasabah diri sendiri.

Apakh yg saya maksud dengan terhenti di atas JAMBATAN?

seringkali kita terhenti
kerana..

adakah sudah cukup Islam dalam diri kita
bila kita post islamik byk2 di laman sosial?
bila kita baca sebanyak mungkin post islamik di fb,blog etc?

Renungkan..

Jawapan saya.
Tak akan cukup.

Islam takkan memberikn kesan dalam diri kita
sekadar dengan 'like' and 'viewers'.
dengan sebanyak mana kita baca status and blog orang.

sedangkan Islam tu
sendiri bersumberkan Al-Quran dan As-sunnah.

dari kita duduk depan laptop lama2..
buka fb,blog etc
baik kita baca Al-Quran..
walaupun merangkak.

dari kita sibuk m'kagumi insan ini itu
dengan kemantapannya berbahasa
alangkah moleknya
jika kita belek dan kagumi
kitab2 dan buku2 warisan ulama.

Ya.bila difikirkan semula..
siapa saya untuk cakap benda ni..
sdgkan saya turut melakukan perkara yg sama..

tapi Ustaz Pahrol Mohamad Juoi cakap

Saya sering diuji dengan apa yang saya tulis dan ucapkan.
Justeru, pernah sampai ke tahap saya rasa takut untuk menulis…
takut kalau-kalau apa yang saya tulis akan kembali menimpa dan ‘menguji’ diri saya.

“Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!”

Dengan kesimpulan itu saya teruskan menulis.


Orang yg berjaya bukanlah orang yg x pernah buat silap.
Orang yg berjaya adalah orang yg mampu bangkit selepas buat silap.

Jadi jom..teruskan perjalanan..
Jangan terhenti di JAMBATAN. .

Apa yg saya sampaikan ttg Islam
tidaklah mendalam..
org sabah ckp habuk2nya sjak.

Kalau hendak tahu dan faham Islam tu
hanyalah dengan mencari Ilmu.

Dapat dari mana?
Majlis Ilmu dan membaca buku.

Senyum. Selamat Raya Cina.