Wednesday, 27 November 2013

The Best for The Last

Bismillah..

Sahabat ana yg comel.. Nana Yew.
selalu cakap. .

SAVE THE BEST FOR THE LAST

ana senyum.
Indahkan jika pengakhiran semua cerita berakhir dgn
happy ending. .

Siapa kenal Lee Min Ho?
hehe..siapa yg tengok Drama Korea tu. .kenallah.
Bukan nak popularkn Lee Min Ho sebab dia mmg dah popular pun.

Nak cakapnya di sini.
Setiap lakonan yg dia lakonkan mesti

Dia jd main actor-hero.
Mesti happy ending.

Tahu tak apa persamaan kita dengan Lee Min Ho?

Dia sebagai pelakon..
berhak untuk memilih jalan cerita kisah yg hendak dia lakonkan,
pengakhiran yg bagaimana,
walaupun dia bukan director.

Samalah macam kita..
sebagai seorang PELAKON di Pentas Dunia ni.

Kita punya pilihan utk memilih jalan cerita hidup kita,
berkemampuan utk memilih dan merealisasikan..
pengakhiran hidup kita.

Semua orang impi2kan happy ending.
dalam cerita cinta,drama,movie dan kehidupan di dunia nyata.

tapi realiti dan fantasi
2 benda yg berbeza.




Ana dibesarkan dgn cerita2
spt cinderella,snow white, beauty n the beast
Kisah cinta yg berakhir dengan happy ending.

Bila membesar..
ada cerita cinta yg lagi menakjubkan. .

spt Sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi.
Sejarah ini realiti..cerita di atas tu pla fantasi.
nampak?

Kalau kita singkap..
sejarah yg realiti ini,
menceritakan kisah cinta seorang hamba kepada Tuhannya,

yang menariknya
sejarah cinta ini berterusan sehingga sekarang
kerana masih ada yg meneruskan
rantai-rantai perjuangan.

Happy ending?
Sudah tentu..

" Kebenaran itu terkadang lemah, tetapi ia tetap akan menang. . Sementara kebatilan itu terkadang menang, tetapi ianya tidak akan berkekalan ". .
[ as-Syahid Syed Qutb ] 

Persoalannya. .
Kita hendak terus berangan-angan spt dalam fantasi
atau berpijak di bumi yg nyata?

Siapa orang yang berangan-angan?
Orang yg terus menerus meminta kebaikan daripada Allah,
tapi tak berusaha untuk mendapatkannya.

Kita menginginkan syurga,
nilai semula usaha kita, cukupkah sudah?

Kita mengimpikan ending yg gembira,
amal kita bagaimana?

Secara logiknya,
hero dlm fantasi pun perlu lalui pelbagai konflik,
utk dapatkn happy ending.

Realiti hidup juga sama,
Mujahadah itu pahit,kerana syurga itu manis.

Perjuangan bukanlah hanya kata - kata, tetapi perjuangan ialah perlaksanaan kata - kata...

Apa pentingnya ending sesebuah cerita?

sebab semua yg bermula itu ada pengakhirannya.
Setiap yg hidup pasti akan mati.

Pernah dengar..Mati itu pasti,hidup InshaAllah.

Ya. Semua orang akan mati.
Malah..semua orang dah bertunang dengan mati.

Mati.
Menakutkan bukan?
kerana penyakit wahan dalam diri.
Takut mati dan cintakan dunia.

Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati.

Bila kita ingat mati,
kita takut buat dosa.

Bila kita ingat mati,
kita hargai masa hidup yang singkat.

Bila kita ingat mati,
kita berlumba-lumba membuat kebaikan

Alangkah beruntungnya,
Bila kita ingat mati,
kita ingin bertemu dengan Allah,
dan kita rasa bahagia dan bersedia.

Jom..kita ingat mati.

Teringat sebuah kisah. .

Di sebuah Bandar,ada seorang lelaki yang kaya dan memiliki seorang gaji yang sedikit dungu. Suatu hari lelaki kaya ini memanggil orang gajinya dan memberikannya hadiah sambil berkata :

“ Simpan benda ini di suatu tempat yang selamat sehinggalah kamu berjumpa seseorang yang lebih dungu daripada dirimu. Apabila kamu menjumpainya, berilah kepadanya.”

Orang gajinya itu menjawab, “ Baiklah tuan”.

Satu ketika, lelaki kaya itu jatuh sakit. Ramai doctor yang merawat tetapi tiada tanda-tanda yang akan sembuh. Lelaki kaya itu mula berputus asa dan memanggil orang gajinya. Dia berkata kepada orang gajinya :

Lelaki Kaya : Aku akan pergi tidak lama lagi. Jika aku ada melukakan hatimu, tolong maafkan aku.

Orang Gaji : Tuan, ke manakah tuan mahu pergi?

Lelaki Kaya : Ke tempat yang semua orang akan pergi.

Orang Gaji : Bilakah tuan akan kembali?

Lelaki Kaya : Aku akan ke tempat yang tidak boleh kembali lagi.

Orang Gaji : Benarkah? Sudahkah tuan membuat persediaan untuk ke sana nanti?

Lelaki Kaya : Belum.

Orang Gaji : Sudahkah tuan membuat persiapan untuk melindungi tuan daripada panas dan sejuk?

Lelaki Kaya : Tidak.

Orang Gaji : Adakah tuan menyediakan makanan dan minuman juga?

Lelaki Kaya : Tiada.

Selepas mendengar jawapan tuannya, orang gajinya ketawa lalu berkata :

“ Tuan, ia sangat mengejutkan saya.di rumah sementara tuan ini, tuan membuat pelbagai pengubahsuaian agar tuan gembira dan selesa. Namun bagi rumah tuan yang kekal, tuan tidak membuat persediaan langsung. Sekarang beritahulah wahai tuan, di manakah akan saya temui seseorang yang lebih dungu daripada tuan? Dengan itu, saya memberikan hadiah ini kepada tuan”.

Mahukah kita menjadi lelaki kaya dalam cerita di atas?
renungkanlah.
Better late than never.
Api tidak dapat membakar Nabi Ibrahim ..
Pisau tidak dapat membunuh Nabi Ismail ..
Laut Merah tidak dapat melemaskan Nabi Musa ..
Ikan Nun tidak dapat menelan Nabi Yunus ..
Beradalah bersama Allah Taala .. Nescaya Allah akan bersamamu 


Senyumlah dalam ketaatan .

Tanda redha kepada Tuhanmu.

Thursday, 21 November 2013

Tidur Yang Panjang

Bismillah
Assalamualaikum. .

Alhamdulillah. Selamat sampai ke bumi tarbiyyah, Tawau,Sabah.

Selepas detik2 yg mendebarkan..menanti khabar dari jauh, sementara menunggu naik flight.



I keep wondering about this

Ada orang. . perkataannya menimbulkan kemarahan,
 Ada juga  bila berkata, orang rasa terhina,

Ada orang. . perkataannya membuatkan orang sedih,
 Bait perkataannya membuatkn orang rendah diri.

Dan sebaik2 orang yg berkata,
ialah perkataan yg mampu membuka mata hati,
yg memberikan inspirasi.

Untungla org yg pandai berkata2,
tambahan kata2nya mampu menjadi pedoman pada orang lain.

Bila menilai diri semula..
terasa jauh dari kenyataan tersebut.

Jangan dilupa,
hidup ni adalah ujian.
Orang yg bijak menutur kata,
mahupun tidak.

Allah tetap akan uji apa yg kita katakan.


Dalam Surah As-Saff: 2-3
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!"..
"Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."

Allah. Takutla pada Allah,jika kamu tak buat apa yg telah kamu katakan. .

Sampai satu tahap di suatu tempat..
ana tefikir. .

Ini semua retorik!!

tp apa tu retorik? 


Retorik ialah pujukan,penerangan,penghujahan,pendedahan dan penceritaan.

Penceritaan ok. .
apa tu cerita? sesuatu yg kita bgtau..tp belum tentu betul..belum tentu kita buat.
Faham?

Contohnya. .
Kita suruh adik2 kita nyanyi lagu Negaraku dgn penuh semangat. .
tp realitinya, sampai waktu kita yg kena nyanyi lagu tu..
kita nyanyi mcm org yg tak pernah hafal lagu tu. .

Nampak tak retoriknya di situ.

Persoalannya. .Siapa yg retorik??

Kita?
Aku.Saya.Ana.

Sibuk cakap tunaikan solat di awal waktu,solat berjemaah..
tp bila mengejar waktu..
kita kena solat..dlm 5 min? 6 min?

maka solatnya,
tunggang tebalik.tunggang tebalik.yg penting siap..
tp . .Kita hayati tak?

Walhal di waktu kita sedang sibuk,
Solat lah..waktu utk kita rehat,
waktu untuk kita berhubung dengan Allah.

Allahurabbi. .

Sibuk cakap Ukhuwah Fillah Abadan abada. .
tp bila kawan nampak pelik sikit,post benda yg luar jangkauan sikit,
Ada kita tanya sebab dia jadi bgtu?
atau kita terus menghukum?

Bila kawan cakap.. A.
tak. B betul. aku betul..kau kena buat macam ni.
Aku ada ilmu..pengalaman aku banyak.

Mana rukun ukhuwah kita?
berbaik sangka?
berlapang dada?
Melebihkan sahabat?

Rasanya..kalau nak disenaraikan..
terlalu banyak retoriknya saya.

Bila seorang sahabat tanya,
enti siapa?

PELAKON AGAMA.

Sedih.
bukan sedih atas statement tu.

Sedih,
kerana walaupun pahit.
ya mmg betul..

bagaikan terbangun dari tidur yang panjang..

hati berbisik..ya.

saya.ana.aku

seorang PELAKON AGAMA.

tapi semuanya belum berakhir..
cukup.cukupla tidur.

cukuplah 20 tahun telah disia2kan.
menjadi robot di dunia,
berangan-angan kosong,
bangunlah. sedarlah.

Kekuatan adalah pada amal, bukan retorik bermain kata.
Kekuatan adalah pada amal, bukan retorik bermain kata. - See more at: http://saifulislam.com/2013/10/antara-kekuatan-amal-dan-retorik-kata/#sthash.xGoZX7Tc.dpuf
Gengamlah kebaikan dengan istiqamah.


Solusinya..

ana mau menceritakn semula tentang seorang tokoh yg bernama

Al-Hassan Al-Basri

Beliau hanya hidup selama 80 tahun.
Namun sepanjang tempoh usia itu,
beliau berjaya mengisi dunia ini dengan limpahan ilmu,hikmah & ilmu fikahnya.

Warisan yg ditinggalkan itu untuk generasi selepasnya,
seolah-olah beliau hidup sehingga kini mengajarkan ilmunya.

Al-Hassan Al-Basri

mampu membuktikan kata2nya bukan retorik semata2.

Bagaimana?

Setiap yg diucapnya pasti selari dengan perbuatannya.
Apabila beliau mengajak kepada kebaikan,
beliau adalah orang pertama melakukannya.

apabila beliau melarang melakukan kejahatan,
beliau adalah orang pertama meninggalkannya.

Kesimpulannya,
Jalan menuju Allah tu bukannya mudah.
Memerlukan kesungguhan dan pengorbanan,

Jangan berhenti,
Jangan bersendiri,
Kita nak sama2 masuk syurga.
Marilah kita berpimpin tangan,meredah arus dunia.

Mujahadah itu pahit sebab syurga itu manis.
Derita itu manis.

p/s: maaf pada yg terasa. bukan hendak menuding jari. .lebih kepada muhasabah diri.

Kekuatan adalah pada amal, bukan retorik bermain kata. - See more at: http://saifulislam.com/2013/10/antara-kekuatan-amal-dan-retorik-kata/#sthash.xGoZX7Tc.dpuf
Kekuatan adalah pada amal, bukan retorik bermain kata. - See more at: http://saifulislam.com/2013/10/antara-kekuatan-amal-dan-retorik-kata/#sthash.xGoZX7Tc.dpuf
Kekuatan adalah pada amal, bukan retorik bermain kata. - See more at: http://saifulislam.com/2013/10/antara-kekuatan-amal-dan-retorik-kata/#sthash.xGoZX7Tc.dpuf
Kekuatan adalah pada amal, bukan retorik bermain kata. - See more at: http://saifulislam.com/2013/10/antara-kekuatan-amal-dan-retorik-kata/#sthash.xGoZX7Tc.dpuf

Thursday, 7 November 2013

Love Test

Assalamualaikum..
Bismillah.

Alhamdulillah. 2 paper da selamat diduduki.
Maka berkuatkuasala prinsip benda yg lepas jangan dikenang.

Exam Mode for The Next Paper Is ON.

Jadi kali ni nak cakap tentang Test.
Apa yang anda bayangkan bila baca perkataan love test?

Benda ni?

Love Tester

Baitul Muslim memang popular semenjak dua menjak ni.
Ustaz2 syorkan kahwin awal.
tp bukan nak cakap pasal kahwin,
nak cakap pasal cinta.

Love IS Cinta.

So..jom kita imbas kembali kisah cinta. .

Unfaithful Lover.

Dulu ada seorang pencinta,
dia berjanji. .
akan mengabdikan hidupnya utk Kekasih yg Satu.
Setia & taat pada Kekasihnya, tiada dua.

“Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?”. Al-Insaan : 1
Ingat lagi x masa tu?
Kita semua janji dengan Allah untuk beribadah kepada-Nya.
Kita buat x?
Kita setia tak pada Allah?

SETIA. . .

tp kenapa kita masih takut pada benda lain?
sedangkan Allah sentiasa ada untuk kita.

kenapa kita masih lebihkan benda lain?
sedangkan kita dah janji untuk setia.

Kita masih tak tutup aurat,
Masih terus lakukan maksiat,
terus terbuai arus dunia.

Allah sentiasa sayang kita.
Allah sentiasa cinta pada kita.

tp kita?

Betul kah kita tak pernah sayang Allah?
Betul kah kita tak pernah rindu Allah?

Tipu siapa yang cakap betul.
Manusia seburuk2 mana pun,
sejahat mana pun..
jauh di sudut hatinya masih ada rasa takut pada Allah,
Masih ada rasa ingin kembali ke jalan yg benar,
Masih ada rindu yang tersimpan.

Bila ada rasa rindu di hati,
pulanglah. .
Call dan berhubunglah dengan Allah.

(bukan call guna hp ya,solat,zikir etc)

Kalau sayang kenapa Allah turunkan ujian?
Kenapa Allah buat kita susah?

Jawapannya



Nampak tak betapa sayangnya Allah pada hamba-Nya.

Cuma kita yang perlu sedar dan tunjukkan kecintaan kita pada Allah.
How?

sebab tu ada love test.
Bila masa pla ada love test ni ?.

Alkisahnya,
kita selalu dengar..
Life is a test.

Betul da tu. Cuma ana tambah. Life is a love test.

Allah uji cinta kita bukan menggunakan Machine tester. .
KPI kita menggunakan istiqamahnya kita dalam beribadah.
berapa banyaknya kita ingat Allah.

Kalau kita boleh sedih bila salah jawab soalan exam,
Kenapa kita tak sedih untuk buat maksiat?

sebab kita tak sedar.
Bayangkan betapa seriousnya hidup kita ni.

Exam di dunia..ada trial.
Sebelum SPM,ada exam percubaan sebelum SPM sebenar.

tp ujian akhirat, ada trial tak? TIADA.
hidup sekali mati sekali.

tapi Allah tak zalim.

Ujian di dunia,
kita belajar sebelum exam,baca buku & ulangkaji.

Ujian untuk akhirat,
Allah suruh kita hidup berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
Ada manual jga untuk love test ni. Allah tak biarkan kita bersendirian.

Melalui Al-Quran dan Sunnah,
Kita boleh belajar bercinta.

Ada cara-cara untuk meraihkan redha Allah.

Ujian di dunia,
boleh terjadi penipuan.

Ujian untuk akhirat,
Ada malaikat Raqib dan Atid untuk mencatit.

Ujian di dunia,
habis exam,habis test.

Ujian untuk akhirat,
Selagi nyawa dikandung badan.
Every second is precious.

Sekarang pun kita tengah menjalani ujian tersebut.

tapi pernah tak terdetik di hati kita,
atau pernahkan kita fikirkan..

Kalau aku buat ni..Allah suka tak..
Kalau aku tinggal ni.. Allah redha tak. .

Hari ni nak "dating" dengan Allah lama2 lahh..
Nak baca kalam Allah panjang2 laahh..

Kalau pernah..Alhamdulillah.
Anda sedang merasa manisnya cinta..

Hati berasa tenang,
Jiwa terasa lapang,
Hati berbunga-bunga,
bibir tak lekang senyuman.

Allah..semoga kita merasa perasaan tu.

Dalam menjalani Love Test di dunia ni,
Allah tak pernah tinggalkan kita bersendirian.

Allah sentiasa ada.

Bila kita sedih
 kita mengadu pada Allah.

Bila kita susah
kita minta pertolongan pada Allah.

Bila kita buntu
kita minta petunjuk dari Allah.

Nampak tak perfectnya cinta Allah?
Cinta manusia belum tentu.

So,
persoalannya..
kita nak jadi unfaithful lover ka sebaliknya?
Fikir2 kanlah.

InshaAllah.
Jika kita letakkan cinta kepada Allah,
mengatasi segala-galanya.

Allah takkan sia2kan cinta kita,
Dia akan letakkan cinta kita
pada insan yg turut
meletakkan cintanya pada Allah.

So, jom belajar bercinta..
cinta pada Rasulullah s.a.w,
meraih redha Allah..

Better late than never.


P/s: moga bermanfaat. .susah nak describe love,hanya hati yg mampu merasai kewujudan dan kemanisan cinta. Cinta yg abadi,cinta kepada Allah dan Rasulullah.